Monday, September 14, 2009

SIAPA AKAN MAKAN PINANG? (3)

Daripada pengamatan saya, pihak pembangkang mempunyai kaedah tersusun dalam mengemukakan isu tertentu ketika Pilihanraya Kecil sejak kebelakangan ini.

Tidak kira pemimpin Melayu, Cina atau India mereka akan bercakap 'satu suara' walaupun perkara itu tidak logik dan menabur janji.

Oleh itu, pemimpin BN perlu memastikan 'suara mereka' didengari secara serentak agar segala yang ingin disampaikan dapat difahami dan dihayati.

Janganlah bercakap pelbagai perkara dan tidak fokus sehinggakan merugikan parti. Jangan biarkan pengundi pening kepala dan mereka mulalah mencari jalan keluar.

Dalam ceramah umum juga, pembangkang hanya bercakap dalam 10 minit tetapi dalam nada yang sama. Adakalanya digambarkan semacam logik dan menyakinkan.

4 comments:

Anonymous said...

Kalau pemimpin atasan UMNO masih tak belajar dari "kegagalan dan kekalahan" yang lepas2, bukan bertambah susah, sebaliknya akan berkuburlah partai UMNO buat selama-lamanya angkara tersalah pilih calon.

cucupakkasim said...

anon..3.56pm

nak belajaq macam mana..depa dok anggap rakyat semua bahlol..depa saja yang pandai..

Dari Lensa Ke hati said...

saya bersetuju dgn pandangan dato...dato,minta tolong supaya semua tempat umno buat kemaskini dan pastikan jumlah ahli umno kita dan yg setia pada umno masih lagi dalam daftar memilih..

Dari Lensa Ke hati said...

seperkara lagi..bab calon..biar satu pihak iaitu dato seri Najib atau TPM je yg cakap..org lain jgn ckp nak calon perempuan la..nak letak org tempatan la semua nya ada...jadi bila byk mulut bercakap..dah nampak tak sehaluan dah..ya,memang pandangan tetapi...jgn la lebih batas atu suarakan di dalam mesyuarat tertutup