Wednesday, September 2, 2009

POLITIK MATANG, POLITIK MENGUNTUNGKAN

Posting Ketiga - 6.05 petang

Sultan Selangor hari ini menitahkan MB Selangor mencari jalan penyelesaian terbaik mengenai isu pembinaan kuil. Baginda mahu MB mengelakkan timbulnya perselisihan kaum berikutan keputusan kerajaan negeri itu.

Di Ipoh, ahli politik pembangkang membuat kerja gila dengan berarak dan mahu mengadakan sidang dewan undangan negeri secara haram. Apa ni? Minta tolonglah orang Perak untuk memikirkan secara bijaksana pada PRU13. Jangan pilih orang gila.

Posting Kedua - 4 petang

Seorang rakan yang berdiri berhampiran ahli politik pembangkang di Dataran Parlimen pada Sambutan Hari Kemerdekaan ke-52 Isnin lalu, memberitahu saya ahli politik berkenaan tidak mengangkat tangan melaungkan 'daulat tuanku' ketika rakyat negara ini berbuat demikian.

Memang kurang ajar pemimpin politik ini dan mereka perlu diajar dengan secukupnya.

Rakan media yang ada gambar mereka tidak berbuat demikian bolehlah hantar kepada saya untuk dipertontonkan kepada rakyat jelata mengenai sikap sebenar mereka.

Posting Asal - 9.05 pagi

PM mahu ahli politik di negara ini mengamalkan 'politik matang' demi masa depan negara. Sudah tentu perjalanan politik matang ini menguntungkan rakyat dan negara.

Bukan 'politik temberang' dan menipu rakyat sepanjang masa dengan pelbagai janji dan ikrar tidak masuk akal. Janji berbuih-buih tetapi tidak dapat dilaksanakan. Lihat saja di beberapa negeri yang diperintah oleh segerombolan parti tertentu.

Amalan politik matang ini sudah dilaksanakan oleh UMNO sejak dulu lagi kerana sebagai parti tunggak BN, UMNO perlu bersikap matang, realistik dan bertanggungjawab.

UMNO perlu berjiwa besar dan tidak mengamalkan kefahaman politik sempit. Apatah lagi dengan cadangan gagasan 1Malaysia oleh PM yang memerlukan leibh banyak 'penerimaan' oleh semua pihak.

Yang temberang ialah banyak parti tertentu. Siapa dia?

6 comments:

Dari Lensa Ke hati said...

Saya bersetuju dengan pendapat PM..kebanyakkan ahli politik-politik di Malaysia masih tidak matang..SAya org Kedah...saya dah tgk semua ahli politik mahu pun Adun...Jgn jadi kali kedua seperti kota seputeh...sudahlah..

Dari Lensa Ke hati said...

POLITIK SEKARANG DAH X SEPERTI POLITIK DULU..wakil rakyat atau "ahli politik" perlu tahu yang rakyat benci apabila terlalu byk janji-janji manis tapi x serupa bikin...politik ampu dan politik yes bos sudah tidak releven...berubahlah umno dan wakil rakyat supaya tragedi PRU 12 tidak berulang

Al-Yasar said...

Betulkah UMNO melaksanakan politik matang? Mungkin betul pada masa tertentu, tapi tidak pada semua masa. Mungkin betul jika kita lihat cara berpolitik pemimpin UMNO yang tertentu, tapi rasanya tidak semua pemimpin UMNO melaksanakan politik matang. Sebab itulah perjalanan dan kedudukan UMNO ada pasang surutnya juga.

anonymous said...

Fikirkan bagaimana cara untuk menyatu padu kan melayu/Islam supaya tidak berbalah dalam politik.

Kuasa politik sangat penting. Hilang kuasa politik, hilang kuasa memerintah negara.

Jong pecah yu kenyang!

Dari Lensa Ke hati said...

Isu pembinaan kuil di Selangor membuktikan tiada persepakatan dari kerajaan pakatan yang kononnya berpakat sangat sampai xkira kuil pun dibina dalam komuniti yg 80peratus penduduk situ adalah melayu..biar ini juga menjadi salah satu isu dan master point dimana pakatan rakyat gagal utk memberi keamana,kesejateraan,toleransi kepada rakyat..sedarlah org melayu,Kg Buah Pala contoh pertama..

Dari Lensa Ke hati said...

Sejujurnya...saya dah tgk gelagat adun mahupun ahli parlimen pakatan rakyat yg berada di negeri Kedah.."Depa ni suka ambil dekat corner"...maksudnya,kalau Umno yang bg bantuan atau bubuh mini tar yang baru,ni ahli parlimen mahu pun adun pakatan ni mai la kg tu dok canang yang jalan ditar tu depa(mereka)yg buat...sedangkan kerajaan persekutuan dibwh ICU yg buat...sedarlah..diorg xpernah nak impikan pun jawatan adun mahupun ahli parlimen..tu yg mereka ni xdak rasa hormat pada perlembagaan mahupun negara kita,kalu x tak buat la perarakan mcm kat Ipoh..xblh tgk negera aman..