Saturday, September 5, 2009

BULAN PUASA HANYA UNTUK KELUARGA?

(RH berbuka dengan anak, AJ)

Kawan saya panas telinga kerana isterinya merungut beliau tidak banyak berbuka puasa dengan keluarga. Hampir setiap hari, beliau terpaksa berbuka dengan 'orang lain' kerana jemputan yang tidak boleh ditolak. Beliau sering menerima undangan daripada pelanggan, pengiklan dan sahabat handai.

Beliau meminta isterinya memahami kedudukan beliau itu. Rakan tidak dapat membawa isteri kerana isterinya ialah seorang surirumah yang terpaksa 'terperap' di dalam rumah. Akibat tiada suami sepanjang masa, isterinya terpaksa makan dengan orang gaji. Anak-anak sudah besar dan bekeluarga. Sekali-sekala mereka menjengok ibu mereka.

Ketika bertemu dengan saya dan isteri di majlis berbuka puasa anjuran sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) baru-baru ini, beliau mencurahkan perasaannya kepada kami.

Isteri saya menjawab sabarlah kerana ramai orang terpaksa melaluinya. RH juga terpaksa berbuka dengan anak-anak jika saya mempunyai program berbuka di luar. Apa nak buat, sudah nasib badan.

Dalam pada itu, boleh tak bulan ramadan dikhaskan untuk keluarga saja? Jawapannya sudah tidak boleh kerana ramai pihak termasuk PM, TPM dan Menteri Kabinet mengadakan majlis berbuka puasa selain GLC, bank dan agensi kerajaan.

Dalam majlis berbuka puasa yang dianjurkan oleh PM, saya dapati ramai pihak terutama 'orang politik' berduyun-duyun datang untuk berbuka puasa. Mereka juga berusaha berjabat tangan dengan PM di samping mengambil gambar. Janganlah guna gambar itu untuk kepentingan diri ya.

Saya rasa eloklah setiap suami berbuka puasa dengan keluarga pada hujung minggu kerana pada hari bekerja, mereka sudah pasti terpaksa menerima undangan rakan taulan serta memenuhi permintaan MD atau CEO syarikat. Serba salah.

Dugaan dan selamat berpuasa.

6 comments:

armouris said...

banyak info kesihatan tentang puasa kat sini - Info Puasa @ Info-Kesihatan-Anda

Dari Lensa Ke hati said...

Bulan Ramadhan ni adalah bulan rezeki..tak semestinya org kenamaan saja yg selalu buka puasa di luar tp golongan miskin dan memerlukan pun berbuka diluar..natijahnya,amalan puasa dan intipati puasa tu yg penting..cuma yg pi berbuka tu faham2 je la,jgn pasal nak makan free dan nak harap sumbangan raya pun kita dapat,yg tu tak boleh la

Dari Lensa Ke hati said...

saya naik kelakar juga bab ambil gmbar dengan P.M atau org penting dalam negara...betul,kenang-kenangan,tp sesentengah ahli politik bukan main frame besar gmbr bersama PM dlm pejabat dan di rumah diorang..yg bestnya..kalu kt banner majlis pun nak letak juga gmbr tu..tp hakikatnya,kalu bt kerja dan rakyat diutamakan,maka tercapailah sasaran PM kita..jagalah maruah dan kredibiliti kita..PM,selamat datang ke lawatan ke Kedah di Felda Teloi Timur pd 10hb ni..dato x turun sekali??

Dari Lensa Ke hati said...

dato cuba klik pada www.chedet.com..dia bawa masuk ke webpage lain...

terubuk jantan said...

salam tok,
berbuka keseorangan.Tanpa anak dan isteri.Yang penting petang Nanti mahu dapatkan ikan TERUBUK bakar.

echah_syed said...

kpd para suami cuba sedaya upaya cari masa utk berbuka dan solat berjemaah dgn famili pada bulan ramadhan ini kerana ramadhan sebulan sahaja dlm setahun.betul tak??

kesian isteri dan anak2.. :(