Friday, September 11, 2009

SIAPA AKAN MAKAN PINANG? (2)

PRK di Bagan Pinang amat menarik kerana ia membabitkan tentera. Ada beberapa kem di situ iaitu Kem Si Rusa, Kem Sunggala dan Kem Kampung Sawah. Undi tentera di kedua-dua tempat itu berjumlah lebih kurang 5,000 undi. Banyak tu. Lima ribu daripada 14,000.

Oleh itu, kedua-dua pihak sedang berusaha untuk mendapatkan undi ini. Ramai yang berpendapat undi tentera ini berpihak kepada kerajaan. Salah. Pada pilihanraya lalu pembangkang dikatakan mendapat lebih 1,500 undi daripada undi tentera.

Apakan tidak. Calon pembangkang adalah bekas tentera yang membekalkan makanan di situ. Penyedia makanan kata kan. Orang yang bagi makan kepada kita, mesti kita seronok untuk memilih mereka. Bolehlah dapat makan lagi. Yang sedap-sedap.

Anak calon pula dikatakan seorang pegawai tinggi di salah satu kem berkenaan. Pasti ramai kawan-kawan beliau akan memberi sokongan kepada bapanya. Itupun jika mereka sudah ditanam semangat 'tidak suka' kepada kerajaan oleh pembangkang. Susah le.

Oleh itu, BN perlu bekerja keras untuk memastikan selain lebih 9,000 pengundi yang lain di PRK Bagan Pinang, pengundi tentera seramai 5,000 orang ini perlu 'dipinang' agar mereka memilih parti yang benar-benar dapat membantu mereka.

Tepuk beret tanya selera.

5 comments:

Kay Du Lac said...

Jentera UMNO perlu berkerja keras, jangan jadi seperti di Permatang Pasir. Jentera UMNO kelihatan begitu lesu jika dibandingkan dengan PAS.

Selain itu, UMNO perlu bergerak segera, terutama untuk medapatkan undi penentu daripada masyarakat India di kawasan tesebut.

hasipin66 said...

Salam Ramadan buat Datuk,
Rasanya Pinang merupakan salah satu ramuan makanan mulut tradisi orang Melayu terutamanya kaum Hawa.jika dilihat majoriti pemilih di Bagan pinang tentulah orang Melayu sekitar 70% 20% India dan 10% Cina,undi pos pula dianggarkan 5000 ribu.Dulupun PRU12 BN cuma majoriti 2,333 saja,kita harapkan pula Menteri Pertahanan Dtk.Ahmad Zahid kali ini mampu melonjakkan undi pos sehingga 4,000 ribu.

Apapun dengan bertimbunnya ISU BESAR yang sedang melanda Parti Kompenen,tentunya memberi kredit pihak pembangkang menghentam calon BN kelak.Rekod kekalahan BN dalam PRK 2008-2009 dengan kiraan 7(PR)-1(BN)juga merupakan kayu ukur yang akan dimainkan oleh pihak pembangkang untuk meyakinkan pengundi di Bagan Pinang.

Harapan kita kali ini agar BN dapat mempertahankan KERUSI DUN Bagan Pinang dengan majoriti yang lebih tinggi.Kekuatan BN bergantung kaut peranan terutamanya bekas Menteri Besar N.9 iaitu Datuk Isa Samad.Anadainya Mhd.Najib bin Isa menjadi calon BN,rasanya peluang BN menang cukup cerah,atas dasar sokongan semulajadi yang dicipta oleh ayahnya (Dtk Isa) selama 30 tahun yang lalu.

Dari Lensa Ke hati said...

Umno dan B.N perlu buat semakan semula ahli umno dikwsan masing-masing dan diselitkan dengan kemaskini daftar pemilih..ya,jangan diharapkan undi pos suatu kelebihan pada sesuatu kawasan yang mempunyai undi pos yg besar...umno dan B.N perlu naiktaraf daftar umno dan pastikan kesemua ahli2 ini masih berpaksi pada umno..Pinang org sendiri dulu dan barulah pinang org diatas pagar..sebab sesuatu daerah,bilangan ahli umno lebih ramai dari majoriti dalam pengundiaan,jadi dalam setiap kwsan,sudah pasti Umno dan B.N mesti menang,tp mcm mana kecundang juga..selesai perkara ni dulu

Detguaq said...

Seronok betul beberapa kerat yang berkepentingan dok melobi agar Tan Sri Isa dicalonkan walaupun pihak uMNO pusat belum lagi membuat aa-apa pengumuman resmi....

Aku risau dengan sikap tidak mahu belajar ini....

Kata PIS tak ada calon, habis UMNO?

Anonymous said...

Pandangan peribadi saya, ada baiknya JANGAN di letak Tan Sri Isa Smaad sebagai calon. Kalau BN belajar dari kesilapan, tolong jangan letak.
Cukup2 la tan sri telah menerajui N9 beberapa lama.
Kata UMNO nak berubah..