Thursday, September 17, 2009

KELAB CHE DET HANTAR MEMO

Hari ini, bertempat di hadapan bangunan Perkim, Jalan Ipoh, Kelab Che Det akan menghantar memorandum kepada MIC mengenai penghinaan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.

Mereka sudah tentu amat kesal tindakan Peter Slipper untuk berlaku 'kurang ajar' kepada Negarawan Negara apatah lagi 'budak ini' pernah berkhidmat dengan salah sebuah GLC iaitu Tenaga Nasional Berhad.

Inilah contoh kepada orang yang tidak mengenang budi. Setelah berkhidmat dengan syarikat yang dimiliki kerajaan, beliau tergamak 'menghina' pemimpin yang telah banyak berjasa kepada rakyat negara ini. Menghina beza dengan kritik.

Apakah Negarawan Malaysia tidak boleh memberi pandangan bahawa Datuk Seri S Samy Vellu sudah terlalu lama dalam MIC sehingga orang India meluat melihat beliau? Apakah perlu Samy Vellu ingin mempertahankan dirinya? Apakah tidak mustahil Samy Vellu yang menyebabkan masyarakat India kini bosan dan menyokong pembangkang?

Ketika ini, ramai petugas kerajaan juga 'terang-terang' menentang kerajaan. Mereka ini bolehlah disifatkan sebagai adalah golongan yang tidak tahu mengenang budi kerana merekalah sepatutnya mempertahankan kerajaan yang memerintah sekarang.

Tidak hairanlah banyak maklumat yang keluar di media pembangkang yang memberikan maklumat terperinci mengenai pelbagai kontrak yang ditawarkan. Ini termasuk jumlah dan syarikat yang memperolehinya. Jagalah rahsia kerajaan.

Gambaran yang diberikan dalam media pembangkang seolah-olah semua projek yang ditawarkan oleh kerajaan tidak telus dan penuh muslihat. Inilah kerja pembelot yang ingin menjatuhkan kerajaan dengan 'bersekongkol' dengan pembangkang.

Mereka ini perlu dilemparkan jauh di tengah lautan.

7 comments:

Anonymous said...

Mereka memberi contoh yang tidak baik kepada generasi muda :-)















Faizal Bin Zakaria
Reformasi Dan Transformasi – Generasi Muda Perlu Bersiap Sedia
>>> Forum 1 Malaysia <<<

Anonymous said...

senang saja encik, pengkhianat pengkhianat ini dan terutama sekali yang berkhidmat dalam jabatan2 kerajaan dibagi sampan dan suruh mereka pilih negara-negara mana yang boleh terima mereka dengan kelakuan begini. Mereka adalah pembelot.

BelalangDewa said...

peter kurang ajar sebab pemimpin diapun kurang ajar. MIC kalah teruk dalam pr yg lepas sebab orang dah benci sangat kat Samy Vellu tu... Cuma pemimpin MIC je yang sokong tapi rakyat muak... Pemimpin MIC yg sokong dia tu pasal apa entah..? ada apa-apa kot..?

pizi said...

Terima kasih di atas kesudian Datuk meletakkan berita ini di blog Datuk. Saya juga percaya bahawa wartawan RTM yang datang mewawancara saya tadi adalah atas arahan dan keprihatinan Datuk terhadap kemelut isu yang melanda ini. Nampaknya semakin hari semakin sukar dan cabaran semakin besar tatkala kita semakin hampir ke PRU13. Semoga Allah selamatkanlah negara ini daripada tangan-tangan yang boleh menhancurkannya.

Sekali lagi... Terima kasih daun keladi datuk.... kalau ada apa-apa nanti kita kongsi lagi.... walaupun sebatang rokok surya.. he.he..

saya boleh emelkan salinan memorandum tersebut sekiranya Datuk sertakan emel Datuk..

Pizi Jihat
Presiden (Penaja)
KelabCheDet.com (www.kelabchedet.com)

emel saya : bentayan@kelabchedet.com
pizi.jihat@gmail.com

terubuk jantan said...

Salam Tok,
Kalu Dato Perasan, masa mahu temuduga calun2 ini bukanlah main pronya pada kerajaan.saya sokong BN, Bapa saya aktif dalam UMNO, Mak saya org kuat wanita ..dan berjela2jelalah jasa kerajaan disebutkan pada penemuduga...lepas dapatkerja guna komputer kerajaan, kertas kerajaan dan wang kerajaan bocorkan rahsia kerajaan dan malukan kerajaan.....diswasta pulak kalau BN/UMNO tak buat dasar penswastaan tahun80an dulu jangan haraplah anda semua boleh dapat bonus besar2 ujung tahun dan libas kakitangan kerajaan bila mereka tak cekap, bangsa apa mcm ni tak kenang BUDI...Ingatlah bukan semua kita boleh dapat, bukan semua kita boleh miliki namun tuhan yang esa tidak pernah lupa padahambanya yang bersyuukur dan taat akan tugasnya....nikmatilah apa yang kita peroleh jangan nanti tatkala hilang segalanya merintih sendiri tiada gunannya..Salam Syawal

Dari Lensa Ke hati said...

kerajaan perlu buat satu pembersihan supaya virus ini tidak terus merebak dan memusnahkan sesuatu agensi kerajaan..kalau tak,mcm mana agensi kerajaan ni nak main peranan dan tugas kepada rakyat kalau diorang mirip pembangkang..pembersihan untuk semua kakitangan...mudah saja,tukar diorang ni pi sabah sarawak..baru diorangtau langit tinggi rendah

Anonymous said...

Mereka memang patut dipanggil pengkianat kerana mengkianati dasar-dasar kerajaan.Mereka-mereka ini perlu dihantar menghadiri kursus-kursus yang membodohkan mereka dengan lebih kerap.Diluar sana ramai consultan yang sedia menganjurkan kursus-kursus tersebut. Jadi bila dah kena diperbodohkan taklah nak tunjuk pandai.