Thursday, September 3, 2009

GEROMBOLAN PENAGIH SIMPATI RAKYAT

Posting Kedua - 5.30 petang

Perkhidmatan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, dilanjutkan setahun lagi. Perkara itu diumumkan hari ini. Semoga terus dapat memberikan khidmat cemerlang kepada negara. Jangan melayan orang gila dan mahu membuat keributan di negara ini.

Posting Asal - 10.59 pagi

Tidak sukar untuk memahami apa yang berlaku di Perak semalam. Gerombolan 'pelakon politik' ini ingin membuat sesuatu yang boleh menarik perhatian orang ramai terhadap mereka. Mereka berkumpul di bawah pokok, mencari jalan untuk bergaduh dengan pihak keselamatan dan kemudian mengadakan mesyuarat di sebuah hotel. Lucu dan memalukan. Menyusahkan dan memberi gambaran buruk kepada negara.

Apa yang ingin mereka lakukan ialah untuk membuat gimik agar rakyat terus mengingati mereka. Agar rakyat simpati terhadap mereka. Agar rakyat membenci anggota pasukan keselamatan. Agar rakyat percaya mereka adalah kumpulan yang sah. Apa ni?

Mereka tahu rakyat Perak kini sudah mula memberi perhatian kepada Kerajaan Negeri BN di bawah pimpinan DS Dr Zambry Abdul Kadir. Mereka sedar bahawa jika gelombang sokongan ini tidak diberhentikan, maka mereka akan terus dilupakan.

Maka itu, mereka mencari jalan untuk memastikan rakyat Perak terus mengingati mereka. Mereka sanggup melakukan apa saja untuk menarik perhatian ini. Tidak kisahlah berpanas, letih berjalan atau menjerit-jerit asalkan gimik yang dilakukan berjaya. Ini sudah pasti memuaskan hati 'tukang wayang kulit' yang melihat dari jauh. Mungkin jauh di seberang laut atau beribu kilometer. Persetankan mereka.

Yang menyedihkan tindakan mereka memberikan gambaran buruk kepada negara. Seolah-olah negara ini berada dalam keadaan kelam-kabut dan tidak teratur. Anarki. Mereka tidak peduli akan nasib negara berhubung dengan tindakan gila itu. Mereka lupa bahawa negara yang menerima akibat ini adalah negara mereka. Itupun jika masih ada sedikit rasa kekesalan atas perbuatan mereka.

Yang menyedihkan mereka sanggup 'bertempur' dengan anggota keselamatan untuk menunjukkan apa yang mereka lakukan benar dan sah. Sedangkan mereka tahu mahkamah telah membuat keputusan. Rasa hormat kepada undang-undang negara semakin menipis jika dilihat daripada tingkah laku mereka. Pertempuran dengan anggota keselamatan itu diharapkan akan memberikan impak kepada mereka terutama agenda besar untuk menggambarkan 'polis itu zalim dan ganas'. Untuk menonjolkan bahawa mereka adalah mangsa manakala polis adalah penindas. Inilah yang ingin dicapai. Tidak sukar untuk memahaminya kerana jika rakyat Malaysia tidak menyukai polis maka apa yang dibuat oleh polis akan dilihat menindas dan zalim. Boleh dipersoalkan.

Wahai rakyat negara ini, fahamilah apa yang mereka lakukan. Marilah kita bangun bersama-sama untuk menentang mereka ini terutama tukang wayang kulit yang ingin mendapat tempat di persada kepemimpinan negara tanpa memikirkan tindakan anak-anak buah mereka boleh menghancurkan negara. Matlamat menghalalkan cara.

Wahai rakyat negara ini, tolaklah gerombolan yang gila kuasa dan mahu mencetuskan kekacauan demi kepentingan politik mereka. Persetankanlah tukang wayang kulit ini yang mahu memastikan rakyat membenci kerajaan dan anggota keselamatan. Mereka mahu rakyat rasa simpati dan menyokong mereka. Inilah gerombolan yang perlu ditentang.

5 comments:

Dari Lensa Ke hati said...

gerombolan ini mencemarkan bulan ramadhan..kata tau dan arif bab islam...tapi pekak dan benak...semoga Allah membuka pintu hati gerombolan tersebut supaya terima hakikat

ibrahim yahaya said...

Sdr DLKH,

Apabila kita gila, kita akan buat apa saja tidak kira pada bulan Ramadan atau bulan mulia. Oleh itu, jangan jadi gila seperti gerombolan.

Anonymous said...

Setuju. Maklumat yang tepat harus disalurkan kepada rakyat. Tindakan mereka ini saperti pengkhianat negara, membohong dan derhaka pada Sultan. Kita tidak boleh berdiam diri membiarkan pengkhianat2 ini bermaharjalela.to

Anonymous said...

Mereka ini memang pengkhianat sebab kepala mereka pun PENGKHIANAT NEGARA!

Anonymous said...

mp pokok sena menggesa kontrak KPN tak di lanjut sebab dia gagal menjaga keselamatan negara. byk jenayah,gengster sana sini, banyak huru hara katanya.. tapi sapa yang buat huru hara tu? sapa punya gengster tu kalau bukan dari DAP..bila polis bertegas pada demontrasi haram, mereka marah kat polis. bila dibiarkan, kata polis tak buat kerja..bangang la mahfuz ni..semua org2 pas bangang termasuk guru sesat mereka nik aziz nik sesat