Thursday, September 10, 2009

SIAPA YANG MAKAN PINANG? (1)

Pinang adalah bahan yang disertakan ketika memakan sireh. Boleh dihiris halus-halus atau dimakan seketul bergantung kepada kekuatan gigi. Pinang dikatakan untuk menyedapkan penggemar sireh kerana rasanya yang pahit kelat. Jika makan pinang begitu saja mungkin ramai yang tidak akan dapat menikmatinya.

Bagan Pinang di Negeri Sembilan adalah kawasan yang dimenangi oleh BN. Oleh itu, sudah tentu BN akan bekerja kuat bagi memastikan kawasannya terus terpelihara di samping mengetepikan anggapan pembangkang bahawa mereka sudah kuat selepas menakluki tujuh tempat sejak Pilihanraya UMUM 2008. Ini termasuk di Permatang Pasir baru-baru ini.

Untuk itu, perkara penting yang perlu difikirkan oleh BN ialah pemilihan calon yang tepat. Calon perlulah mereka yang digemari oleh penduduk setempat. Bagi saya, calon perlu muda dan bersemangat. Bukan orang tua atau mempunyai rekod tercalar. Ini penting untuk memastikan kawasan itu diselia dengan baik sehingga Pilihanraya UMUM ke 13, mungkin pada 2012.

Oleh itu, desakan dan gesaan orang ramai bahawa bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Samad, diletakkan sebagai calon perlu diteliti agar kes di Permatang Pasir tidak berulang. Asyik-asyik hendak memperbetulkan isu calon.

Anak TS Mohd Isa pula boleh dipertimbangkan untuk dijadikan calon. Bagaimanapun, sudah tentu pembangkang akan menggunakan segala maklumat negatif bapanya untuk merendah-rendahkan calon. Yang bahaya ialah 'serangan peribadi' yang memilukan.

Seorang lagi calon yang dikatakan perlu diberikan pertimbangan ialah Ketua UMNO Wanita bagi memastikan undi wanita seratus peratus di belakangnya. Pucuk pimpinan perlu meneliti kebolehan calon wanita ini agar ia tidak ditolak bulat-bulat.

Selain calon, pelbagai isu akan digunakan oleh pembangkang di PRK Bagan Pinang. Mungkin isu tempatan terlalu sedikit, maka isu nasional akan mendapat tempat seperti PKFZ, kemelut MCA dan pembinaan kuil di Shah Alam. Seperti biasa, pembangkang akan menggunakan isu sensitif ini seolah-olah 'semua mengenai BN sudah menjadi teruk.'

Oleh itu, pemimpin BN perlu memastikan bahawa calon mereka yang terbaik manakala isu yang digunakan benar-benar difahami oleh masyarakat setempat agar mereka boleh membuah pilihan yang tepat.

Tidak memeranjatkan bilangan pemerhati dan 'pak pacak' akan melimpah di Bagan Pinang kerana kedudukannya yang tidak berapa jauh dari Lembah Kelang. Oleh itu, BN perlu bersedia menghadapi usaha meminang penduduk setempat dengan strategi yang betul.

3 comments:

Dari Lensa Ke hati said...

salam...sememangnya calon adalah first factor untuk dijadikan penentu menang atau kalah...pengundi bijak,tapi pengundi juga perlu diberi kempen atau hebahan yg betul mengenai apa saja isu...pembangkang sememangnya kaki putar belit cerita...jadi B.N perlu pantas untuk menjawab setiap isu yg dibelitkan oleh pembangkang..kali ni,jentera B.N tempatan juga perlu gembeleng usaha dan tenaga barulah bantuan penyokong B.N yg datang dari negeri-negeri lain dapat membantu..ada tuan rumah,lakukan kerja anda dulu,baru lah yg lain datang membantu..

Anonymous said...

Datuk.
Jika UMN/BN idak juga boleh menang/mempertahankan kerusi Bagan Pinang, ini membuktikan rakyat benar-benar tolak UMNO/BN.
Dengan 5,000 undi pos dalam tangan BN juga tewas, saya fikir lebih baik UMNO bubar saja.Ini membuktikan UMNO tidak relevan lagi.

Anonymous said...

Dato,

Banyak yang Kerajaan Najib perlu fikirkan bukan hanya calon yang betul untuk Bagan Pinang tetapi isu-isu semasa yang sedang hangat diperkatakan terutama selepas Kes Lembu yang dibawa ke mahkamah di banyak blog kebelakangan ini.

Melayu sudah mula mempersoalkan tindakan berat sebelah Kerajaan Najib.

Melayu sudah mula rasa resah tentang tindakan-tindakan Kerajaan Najib yang lebih mengutamakan kaum minoriti.

Melayu mula lihat Kerajaan Najib sudah mula rela korbankan Melayu demi menjaga hati kaum minoriti.

Melayu mula merasai Kerajaan Najib sudah mula meruntuhkan apa yang Dr Mahathir cuba bangunkan.

Kejian, cacian dan fitnah yang dilakukan terhadap Ugama Islam, Negara, Raja, Kaum Melayu dan juga pemimpin Negara oleh kaum minoriti dan Pembangkang seperti tidak ada apa-apa yang berlaku bagi Kerajaan Najib?

Apakah Kerajaan Najib bebal dan tak perasan tentang perkara ni? Lihat saja apa yang sudah mula diperkatakan dalam blog-blog pro Kerajaan, berapa ramai Melayu dah mula luahkan perasaan mereka?

Najib dan Kerajaannya mungkin tidak merasai sakitnya. Melayu lain sudah mula rasa pedih dan sedih. Ada yang mula merasa meluat dan marah. Tidak kurang yang mula rasa benci.

Najib

Melayu perlu pembelaan yang lebih baik dari Kerajaan Anda. Jika anda ingin menang hati bangsa Melayu, jangan diperlekehkan pandangan bangsa Melayu. Jangan ketepikan pandangan Orang Melayu yang semakin nipis sokongan mereka kepada Kerajaan Anda.

Melayu Marah