Thursday, September 3, 2009
KLASIK NASIONAL BANYAK IDEA
Tengahari tadi, saya mengacau dodol dan bubur lambuk. Dodol yang sedang dimasak manakala bubur lambuk yang sudah masak tetapi sekadar untuk aksyen gambar saja.
Tempatnya ialah di Angkasapuri. Penganjurnya ialah Stesen Klasik Nasional dan Penyiar. Amat meriah di mana setiap wargakerja radio bertungkus-lumus untuk menyiapkan bubur lambuk dan dodol. Mereka juga membuat kuih baulu.
Program Amal Bubur Lambuk, Dodol dan Baulu ini bertujuan untuk merapatkan silaturahim antara petugas RTM tidak mengira pangkat dan darjat untuk bersama-sama bekerja dalam satu pasukan.
Mereka mengatur tungku, membelah kayu, menyalakan api, menuang bahan-bahan dan mengacau untuk menjadi dodol atau bubur lambuk. Telur dan tepung dikacau untuk membuat baulu.
Makanan ini diberikan kepada petugas RTM dan ada yang akan dihantar ke rumah artis veteran dalam Program Bakti Kasih anjuran Klasik Nasional. Satu usaha yang mulia dan perlu diteruskan pada masa akan datang.
Tahniah Datuk Jumat, Chuari, Keliwon dan semua wargakerja radio.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
salam datuk,
sekadar pendapat - rasanya tak sesuailah jawatan pengarah penyiaran negeri ditukar kpd pengurus siaran. macam syarikat swasta pulak.
siapa punya idea tu?
nampaknya ketua pengarah pun kenalah tukar jadi ketua pengurus, barulah kena dan adil. tak gitu, datuk?
salam..inilah yang masyarakat nak tgk..perpaduan antara masyarakat tak kira tempat...saya bekerja sebagai jurukamera berita,apa yg saya perhatikan,semangat akar umbi dan pemimpin tempatan x sehebat yg di war-warkan pihak atasan,pelbagai agensi kerajaan sudah memainkan peranan utk mengeratkan perpaduan tp sia sia kalau peringkat akar umbi dan kepimpinan tempatan tak curah tenaga sama...
Assalamualaikum tok rimau
bila ada common interest atau pun saja yg boleh dilakukan bersama, barulah semngat kerjsama dan setiakwan timbul,
mungkin rimau rtm boleh kembangkan lagi idea dan aktiviti yang boleh menyatukan satu malaysia
Assalamualaikum Datuk,
Saya juga sependapat dengan Z-MAY. Agak janggal pengurus menggantikan pengarah.
Setahu saya dalam mana2 jabatan kerajaan di malaysia ni, tidak ada nama jawatan pengurus.
Pengawal2 stesen juga dipanggil pengurus stesen sekarang... tak kenalah datuk, sebab PUR radio & tv sekarang dipanggil Pengarah Bahagian Program Radio @ TV. Perkataan "Pengarah" masih dikekalkan...
Sekadar pandangan.
Pejuang RTM.
salam pejuang RTM dan zmay
samada jawatan pengarah atau pengawal atau pengurus yang penting adalah
1. Pengurus mengurus stesen agar stesen terus relevan kepada pendengar dari segi kandungan program dan corak persembahan DJ. Jika Dj banyak merapu dan bercakap tidak mengikut piawaian industri yg hanya 45 saat, lupakanlah stsen ini.
2. Pengurus wajib mengurus stesen dan tidak menyerahkan kepada KBR yang mengawal selia tanpa tahu usul periksa. Terlalu banyak napoleon kat RTM ni, terutama kat stsen radio negeri. Pengawal harus mengawal, Pengarah harus mengarah dan pengurus harus mengurus.
3. Saya kritikal kepada RTM kerana sebagai rakyat, wang saya d guna pakai mengurus RTM, saya ada hak memberi komen kerana saya begitu "passion"kepada RTM.
4. Saya sokong kepada pembaikan kerana hanya org yang tua dan berumur sahaja menolak pembaharuan. Yang mana nak pencen dan tak mampu memberi saingan kepada radio swasta, berhentikan mereka melalui option. Semangat radio perlu segar dengan idea bernas dan semangat muda.Tidak lupa kepada sasaran terbabit. Jika nak syok sendiri,tutuplah stsen radio tu wahai pengurus,pengawal dan pengarah.
Ikhlas
Sakura KL
Post a Comment