Sunday, September 20, 2009

SERI PERDANA MILIK RAKYAT


(TDM dan PM di rumah terbuka di Seri Perdana. Gambar NST)

Jumaat lalu, sifu saya, AKJ menulis dalam blognya yang memuji usaha untuk membuka semula Seri Perdana kepada orang ramai ketika Aidilfitri.

Tulis beliau, "Khabarnya Seri Perdana akan dibuka semula kepada pengunjung pada Hari Raya tahun ini. Ia ditutup selepas Tun Dr Mahathir Mohamad meninggalkannya. Eloklah begitu. Setidak-tidaknya bolehlah rakyat jelata merasa, walaupun buat seketika, berada di rumah paling berkuasa di bumi Malaysia."

Ketika bertemu saya di Majlis Berbuka Puasa Media dengan Perdana Menteri di Kilang Utusan Melayu Bhd di Bangi, AKJ turut menyatakan bahawa tindakan yang dibuat oleh Dato' Sri Najib Tun Razak itu baik sejajar gagasan 1Malaysia.

Negarawan Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, hari ini memuji usaha membuka 'Seri Perdana'. "Saya gembira Perdana Menteri sekarang memutuskan untuk menganjurkan Sambutan Hari Raya di sini (Seri Perdana). Tiada majlis seperti ini selama lima tahun. Orang ramai suka untuk datang ke sini kerana ini adalah tempat yang mereka suka lihat. Tempat ini milik rakyat," katanya.

Anda tak pergi Seri Perdana ke?

2 comments:

amirul said...

Selamat hari raya Dato'

Mohd Nadzri Kamsin said...

Pelik juga kenapa PM sebelum nie tak buat open house di Seri Perdana?

Dato' tak buat open house ke tahun nie?