Wednesday, September 30, 2009
MENGAPA TS ISA SAMAD DIPILIH?
1. Rakyat didahulukan. TS Mohd Isa adalah calon yang diinginkan oleh rakyat di Bagan Pinang. Jika rakyat khas pengundi di kawasan BP yang mahu TSMIS, mengapa perlu dipilih calon lain. Jika terpilih, TSMIS yang akan mewakili mereka bukan orang lain.
2. Jasa TSMIS. Hanya orang Bagan Pinang yang tahu jasa bakti TSMIS yang disumbang dan dicurahkan oleh bekas MB NS, APAR dan ADUN selama lebih 20 tahun. Ini termasuk pelbagai bantuan keperluan sosial penduduk di kawasan ladang.
3. Perjuangan TSMIS. Banyak yang diperjuangkan oleh TSMIS di Port Dickson termasuk peruntukan tanah terutama bagi penghuni ladang yang berpendapatan rendah. Ada perkara yang diperjuangkan terbantut di tengah jalan kerana faktor tertentu dan inilah masanya untuk TSMIS meneruskan perjuangan itu. Perjuangan inilah yang diharapkan oleh pengundi BP.
4. Penyatu perpaduan. TSMIS adalah lambang penyatuan kaum di NS terutama di Port Dickson. Beliau berjaya menyatukan pelbagai kaum di kawasan itu dan mempereratkan hubungan ini.
5. Penjinak pemimpin pembangkang. TSMIS berjaya menjinakkan ramai pemimpin pembangkang di NS termasuk Hu Sepang dari parti DAP. Hu dikatakan meminta TSMIS menubuhkan parti baru yang boleh dinaungi oleh semua kaum ketika beliau menghadapi kemelut dalam UMNO. TSMIS menolak cadangan itu. Beliau setia kepada UMNO. Bersambung...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
UMNO begitu tandus pemimpin untuk diketengahkan di bagan pinang, satu gambaran buruk kepada pemimpin lain di bagan pinang bahawa mereka juga tidak sesuai dicalonkan kerana terpalit begitu banyak 'perkara' yang takut dicungkil..
Antara faktor kekalahan UBN dalam pilihanrayakecil yang lalu adalah 'jentera pilihanraya' yang tidak bersemangat, lemah dan kurang dibayar.
Isa sudah tentu akan kenyangkan golongan dan jentera ini dan faktor inilah menyebabkan berma matian penyokong taksubnya mahukan Isa kerana mereka sudah lama tidak 'disuap'.
Kalau dulu pemimpin atasan UMNO sahaja dikaitkan dengan budaya rasuah, tetapi nampaknya budaya ini dapat pula disemai di akar umbi..
Perubahan inilah yang mungkin dimaksudkan UMNO!!??
Isa sepatutnya faham yg umno perlukan pembaharuan.Calun yg dah begutu lama jadi Adun patut berundur. Sebagai ketua Isa patut meyakinkan ahlinya kpd orang baru yg dipilih. Isa pula ada kes displin. Adakah umno ada hanya seorang saja yg mendapat sokongan rakyat kawasan itu ? Kalau betul.... betullah kata pembakang... jika semua ahli umno ditapis semua akan sangkut pada jaring.
Ybhg Datuk,
Sebagai penjawat awam, seseorang itu haruslah neutral atau independent dalam tafsiran politiknya kerana tugas kita adalah lebih kepada rakyat yang berbilang parti politik dari menyanjung sesebuah parti.
Akibat dari tindakan menyanjung sesebuah parti, rakyat khususnya akan merasai bahawa semua kakitangan awam yang berbangsa Melayu adalah penyokokng UMNO dan seterusnya bagi bangsa lain.
Kita seharusnya berbalik kepada idea pengasingan kuasa oleh Montesqiu yang telah cuba dipraktikkan di zaman pemerintahan Tun Abdul Razak. Badan kerajaan ketika itu lebih neutral dan dilihat sebagai pemerhati kepada parti politik yang berkuasa. Bukan YES MAN sahaja.
Pemikiran yang tidak menyebelahi parti atau neutral dalam politik lebih menguntungkan kerana setiap keputusan yang dibuat oleh penjawat awam akan lebih rasional, telus, berintergriti, saksama dsb.
Harapan saya adalah supaya semua kakitangan awam dari PAP hingga ke super scale dapat bersama-sama membantu rakyat. Itu adalah aspirasi utama kita dan aspirasi ini sememangnya wajib diteruskan tidak kira dari mana-mana parti yang memimpin.
Akhir kata, basmikan kemiskinan, kurangkan kadar jenayah dan rakyat diutamakan.
Jasa Isa hanya orang Bagan Pinang yang tahu, lupakah kotoran yang dibuat Isa UMNO yang tahu, mengapa pemimpin UMNO masih menggalakan kotoran didalam UMNO, mana transformasi yang dijanjikan dalam UMNO? Ali Rustam dan KJ sah terlibat politik wang masih ditatang.
Pendekan cerita..kita tunggu PRU13 rakyat akan tolak UMNO dan pemimpin yang rakus dan perasuah.
rakyat yang mana? matlamat tidak menghalalkan perbuatan. Rasuah tetap rasuah. Apa pandangan majoriti keseluruhan rakyat Malaysia. Jika beginilah caranya, tunggulah nanti PRU13, sesal kemudian tidak berguna lagi, mungkin menang di Bagan Pinang tapi x mustahil kalah dlm PRU 13. Adakah kita mau UMNO berkubur kerana tindakan kurang tepat ini?
tahniah DSN. at least nampak jelas ketegasannya, meskipun TDM jelas bercanggah pendapat dalam isu ini, namun DSN yakin TS Isa adalah calun terbaik, beliau teruskan juga. tatkala ini yang penting ialah kemenangan, apa guna pembaharuan jika bukan itu yang pengundi setempat mahukan dan berakhir dengan kekalahan. muka baru belum tentu boleh menang, setidak-tidaknya orang lama masih ada taringnya..
Biarkan Si Luncai terjun dengan labu-labunya.........
salam,
maka bersoraklah manusia2 hipokrit yang konon menegakkan ke"suci"an. TS Isa telah dihukum oleh lembaga disiplin umno, BUKAN mahkamah. kalau di mahkamah belum tentu TS Isa akan disabitkan kerana umum tau mahkamah lebih menjurus kepada bukti dan fakta yang lebih mendalam.
berlainan dengan anwar yang bersalah dan dihukum oleh mahkamah. tapi kerana anwar menentang umno, dia disucikan sesuci2nya oleh hipokrit2 yang konon menegakkan amanah. dia akan tetap disucikan walau hingga kini masih liat nak masuk mahkamah ataupun yg paling simple, bersumpah.
tapi tak mengapa. umum tau penyokong pr punya mentaliti. selagi menentang umno, selagi tu mereka "suci" dan confirm syurga. mereka akan mengulang2 retorik basi dan pada masa yang sama, pemimpin2 pakatan riot mereka akan terus rakus menyonglap harta dan moral rakyat.
Post a Comment