Nampaknya ramai yang menggunakan FB untuk melepaskan geram. Menghamburkan apa saja yang terbuku di hati yang adakalanya amat menyakitkan hati. Ada juga tindakan yang memalukan seseorang sehingga yang dimalukan itu menjadi bahan bualan orang ramai. Padan muka.
Sebelum ini saya ada membaca komen seorang wartawan RTM yang membelasah 'bosnya' kerana menukarkannya ke unit lain. Mengamuklah dia kerana kena buat kerja baru sedangkan beliau sudah selesa dengan 'kehidupan seharian' yang tidak diganggu gugat. Kali ini tugasnya dipantau. Dia tidak boleh berbuat sesuka hati.
Semalam saya mendapat tahu seorang kakitangan mendapat gaji beliau kerana tindakan beraninya membongkarkan kekusutan yang dihadapi dalam FB. Maka kekusutan itu dapat dileraikan kerana ada pihak yang membaca rintihan itu kepada 'orang punya badan'.
Pandai juga dia. Jika tidak kena makan apa yang berwarna hijau, Bukan.....bukan....bukan warna bendera PAS.
Friday, September 4, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
salam datuk,
kekadang, face to face sukar nak selesaikan masalah. janji tinggal janji. bila dah terbongkar dalam apa jua media, semua orang tahu, baru kelam kabut, barulah nak ambil tindakan.
sampai bila agaknya situasi sedemikian rupa di negara kita ini akan berterusan..?
'RAKYAT DIDAHULUKAN
PENCAPAIAN DIUTAMAKAN'
ada alternative melepaskan geram. di facebook...Kadang-kadang bos pun bukan betul sangat..
salam....hehe,pelbagai medium digunakan pd zaman moden ini..ada yg lepas fitnah,geram,marah,maki hamun org,sebar cerita tak sahih...tp dalm koteks i.t,inilah risiko yg perlu dihadapi oleh setiap negara yg membenarkan ict menguasai kehidupan seharian..kita bukan duduk di negeri China yg 45%peratus kndugan internet disekat...wahai rakyat jelata sekalian,bersyukur dan terima kasih pada bumi Malaysia ni kerana nak cari kerajaan yg mcm mana lagi byk sgt kemudahan dan kesenangan kpd rakyat..kita pula,berpada-pada dan rasional pada apa benda yg kita lakukan di internet..berani buat berani tanggungingat..Allah Ada..
dato...
apa komen dato kpd media cetak yg dikatakan telus dan neutral..adakah ia byk membantu rakyat dgn pendedahan terbuka tanpa limit hingga bt rakyat bercakap mengenainya..kemungkinan pengaruh media tersebut yg menyebabkan B.N kalah di dl beberapa pilihanraya kecil yang lalu..dato komen pendapat ni
DIY, facebook banyak gunanya jika dimanfaatkan secara betul. Dalam sesebuah organisasi, ia boleh menjadi tempat berkongsi idea untuk meningkatkan kecemerlangan sesama kakitangan.
Tak baik memalukan orang lain.
Nanti kita malu sendiri... Padan muka :-)
Semalam Adalah Sejarah. Hari Ini Adalah Hadiah.
Esok Adalah Misteri.... Jangan permudahkan ;-)
>>> Blog 1 Malaysia <<<
Post a Comment