Wednesday, August 26, 2009

APA MUSLIHAT ISU SEBAT KARTIKA?

Tidak sukar untuk memahami isu Kartika. Tidak perlu menjadi ustad untuk memahami bahawa hukuman sebat itu selaras dengan ajaran Islam. Namun sukar untuk memahami mengapa isu itu kini diperbesar-besarkan. Saya perlu menjadi pegawai gerak saraf. Saya perlu menyiasat lebih lanjut siapa punya kerja untuk menghina ajaran Islam.

Sejak beberapa hari lalu, isu ini digelembungkan seolah-olah ada usaha terperinci untuk memalukan Islam. Malah isu ini menjadi tarikan kepada media asing untuk bertandang ke rumah Kartika untuk mendapat bahan yang boleh memalukan Islam.

Yang amat menyedihkan ialah isu ini semakin meletup dan media tempatan turut membuat pelbagai maklumat termasuk pandangan daripada pihak yang tidak ada kena mengena dengan perkara itu. Akhbar The Star hari ini memberi lebih daripada empat muka. Maklumat ke atau pun ada perkara tertentu yang ingin dihamburkan? Tolonglah tengok sikit.

Saya berharap pihak yang tidak perlu mengeluarkan kenyataan menutup mulut mereka agar tidak dilihat sebagai 'kurang ajar' atau tidak menghormati agama Islam. Kalau tidak tahu apa-apa, tolonglah jangan komen. Jangan kata barbarik. Jangan kata tidak berperikemanusiaanlah. Tolong, jangan 'kurang ajar' dan melampau-lampau.

Yang pelik ialah PAS yang senyap sepi dalam isu ini. Mungkin tidak sukar difahami kerana jika mereka bersuara menyokong sebatan itu, mereka akan 'diketepikan' oleh golongan bukan Islam. Jadi, eloklah diam dapat 'satu markah lagi'. Bertegek sajalah.

Yang menanggung sekarang ialah UMNO di mana apa juga tindakan yang diambil akan menguntungkan pihak tertentu. Menyokong akan dilihat sebagai berlaku keras dan menolaknya dianggap sebagai 'bukan Islam'. Ini memudahkan Nik Aziz untuk mengatakan UMNO tidak Islam. Penyokong UMNO tidak akan masuk syurga.

12 comments:

Suara Perindu said...

DIY, sepatutnya dalam mempertahankan kesucian agama Islam, semua penganutnya sama ada kerajaan atau pembangkang sama-sama berdiri teguh dan bersatu tanpa mengira fahaman politik.

Anonymous said...

Inilah masa yang terbaik untuk Umno membuktikan mereka benar2 menjuarai isu2 yang melibatkan agama termasuk kes melibatkan arak ini. tak perlulah Umno untuk menunggu Pas bertindak dahulu. bak kata Mohd Sayuti Omar (msomelayu), nasib baiklah kes ini berlaku di negeri yang diterajui Umno, kalau tak mampuih pemimpin Pas kena serang kalau berlaku di negeri pimpinan PR. (baca: Kalaulah Kartika Seri Dewi Minum Arak di Kelantan? http://msomelayu.blogspot.com/2009/08/sebelum-berbuka.html )

Pemimpin Umno adalah pejuang Islam yang hebat...teruskan berjuang menentang kemungkaran!apa kata Najib?

Kulup_Arapayung said...

Jalan saja hukuman tu, Mufti Perak dah kata...... bukannya rotan macam siperogol. Siapa yg tak faham tanyalah mufti tu. Umno patut ambil kesempatan ini tunjukkan ia lebih daripada Pas.

SIGNBOARD said...

Kat Kelantan ada kes di-mana org Islam yang ditangkap minum arak hanya di-beri amaran dan di-denda RM300.

Unknown said...

DIY,
rotan tetap rotan. mahkamah syhariah usah melatah, sekali hukuman dijatuhi, laksanakan.
dah banyak kali hukum syarie di malaysia melatah dan akhirnya dipersendakan. kali ni laksanakan, dah tentu-tentupun kartika berslah, cukup bukti, maka rotan ajelah. kalau tak ada tukang rotan, mufti harunsani pun boleh rotan, bekas mufti perlis pun free sekarang ni, ustaz firdaus pun tak de kerja... walau perlahan manasekalipun, mahupun sebat-sebat manja hukuman mesti dilaksanakan.. itu satu kewajipan

Api said...

tu laa patutnya sebat je laa, knp lak nak disuruh rayu2...kalo nak rayu2 mintak je laa dengan Allah biar digugurkan hukum rotan...ne pemimpin lak yang lebih2, yang kena hukum mmg bersedia nak menjalani hukuman

Al-Yasar said...

Salam,

Isu hukum sebat ke atas Kartika ini menjadi kontroversi barangkali kerana negara kita bukan negara Islam dan yang terpakai sekarang pun bukan undang-undang syariah (Islam).

Oleh itu tidak ada gunanya Mufti Perak mengatakan mengikut hukum Islam orang yang minum arak itu boleh disebat sehingga 80 kali. Dalam konteks undang-undang yang terpakai sekarang hukum Islam itu tentu tidak boleh dilaksanakan.

Dalam sebuah negara sekular dan moden seperti Malaysia, hukuman yang agak ringan seperti denda mungkin sudah mencukupi, kerana hukuman yang keras seperti sebatan dengan rotan itu akan menyebabkan di mata dunia Malaysa akan dilihat sebagai "negara umat Islam" yang berwajah jumud dan konservatiif , seperti Afghanistan di bawah Taliban.

Kulupbana said...

Salam Datuk,
Tapi kan kalu dilihat dari satu sudut lain pulak, betapa tak menang tangan pegawai nak merotan seandainya ramai yang tampil atau terkantoi minum arak di lokasi umum.

Selamat berbuka & jgn lupa tonton azan solat maghrib di TV1; karya saya se ikhlas hati.

Anonymous said...

Salam datuk,

Saya beragama Islam. Tujuan saya memberi komen ini bukan bermaksud untuk memburukkan Islam malah untuk meninggikan lagi martabat islam itu sendiri supaya hukum Allah tidak dipermainkan oleh mereka yang menggelarkan diri mereka ulamak.

Dalam Quran, Allah tak pernah menyuruh peminum arak disebat. Hukuman itu hanya untuk penzina sahaja. Kenapa kita memandai-mandai mencipta hukum yang melampaui hukum Tuhan.

Kita sebenarnya datuk yang merendah martabat Islam dengan mengadakan benda yang tak ada. Sebab itu ianya menjadi perhatian UMUM terutama daripada mereka yang bukan beragama Islam kerana mungkin mereka lebih arif tentang Quran berbanding kita yang mengaku ISLAM.

Daripada:
Muhammad Bin Abdullah,
Kelantan.

MERBOK TIMES said...

Betapa excitednya Kartika menunggu hukum sebat ke atas dirinya dan secara langsung beliau telah bertaubat nasuha.
Bertaubat bukan sahaja dibibir tetapi rela dihukum seberat-seberat hukuman. Parut dibelakangnya kelak akan menjadi parut yang penuh keinsafan melebihi hukuman gantung dan penjara seumor hidup.

pakteh adam said...

Ini yang kata Nik Ajis, Islam UMNO tak leh masuk syurga. Masyuk aje yang boleh kot?

Datuk, saya dah lemas dengan gelagat dari PM , pembodek PM dan yang sewaktu dengannya. Masaalahnya saya rasa, mereka yang berkuasa ni memang dah tahu, masa mereka di singgahsana dah tak lama. Bak kata orang tu, sekarang ni buat apa yang patut, bila orang ramai bising. Kerja untuk sebat selagi ada waktu, tetap diteruskan.

Suara Mufti (terutama yang masih berani nak bersuara daripada Negeri Perak) tak lagi di peruahkan.

Datuk dekat dengan orang orang BERKUASA ni. Cuba cubalah bisikkan. Tapi kalau tak nak DENGAR jugak, sama sama lah kita anak cucu tanggung.

Alizul said...

Hukum Allah jangan diambil mudah dan jangan sekali-kali dipermainkan.

Hukuman sebat bagi peminum arak adalah diambil dari kumpulan hadis-hadis Nabi yang cukup banyak. Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk tulisan Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman di link berikut:

http://www.zaharuddin.net/content/view/869/72/#_ftn1

Selain di atas, boleh juga rujuk link berikut:

http://mahaguru58.blogspot.com/2009/08/hidup-didunia-ini-akur-kepada-allah.html

Jadi hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Syariah ke atas Kartika adalah tepat sekali. Ini disebabkan hukuman tersebut berdasarkan keputusan dari orang-orang yang berilmu tentang hukum hakam Syariah Allah, bukan dari suara-suara sumbang yang mempertikaikan hukum tersebut dari kalangan mereka yang berkedudukan sebagai menteri, ilmuan dan juga dikalangan mereka yang kononnya bijaksana di dalam bidang agama itu sendiri.

Adalah sangat menyakitkan hati bila suara-suara sumbang ini campur tangan dalam hal-hal hukum syariah yang mereka tiada pengetahuan, lebih-lebih lagi suara itu datang dari kalangan orang-orang Islam sendiri. Bagi orang-orang seperti ini, lebih baik berdiam diri saja dan serahkan kepada orang yang tahu dan mahir.