Monday, August 31, 2009

RINGKAS, SEDERHANA DAN MENJIMATKAN

Sambutan kemerdekaan negara ke-52 di Dataran Parlimen hari ini ringkas dan menjimatkan.

Jimat masa, tenaga dan yang penting ialah jimat belanja.

Ini amat sesuai dengan keadaan semasa iaitu ketika negara menghadapi kemelut ekonomi dunia dan penularan selesema babi. Kerajaan boleh berjimat dan kurang risiko penyebaran H1N1 terutama di kalangan mereka yang sudah semput atau kurang daya tahan.

Ringkas majlis ini sudah tentu tidak ada mengena dengan bulan puasa kerana umat Islam digalakkan untuk melakukan perkara harian walaupun ketika berpuasa.

Memanglah penat tetapi saya yakin umat Islam dapat memberikan tumpuan seperti biasa walaupun di bulan Ramadan.

Selamat menyambut kemerdekaan dan berpuasa. Dua dalam satu.

2 comments:

Unknown said...

1 malaysia, 1 great lie
2 bulan lepas menteri kpdn kata ron95 dijual pada rm1.75, tup tup bila dilancarkan semalam dah jadi rm1.80 lah pulak. tak malu ke menteri tu bila kena telan semula janji palsunya.
macam manalah rakyat tak marah, cakap tak pernah yang tepat. banyak sangat berjanji tapi tak tunai.

ibrahim yahaya said...

Sdr Halim,

Kita tunggu penjelasan Menteri. Mesti ada sebab musabab mengenai kenaikan itu (jika benar). Tidak adil pulak nak kaitkan dengan 1Malaysia. Mungkin bab Integriti kot. Tapi kita tunggu penjelasan DS Ismail Sabri.

Kalau maklumat itu betul, saya pun yakin rakyat akan marah. Oleh itu kerajaan perlu jelaskan.