Tidak dinafikan, banyak juga program realiti hanya bersandarkan keuntungan.
Tapi bagaimana dengan bintang yang dilahirkan itu, apakah mampu menyinari dunia seni kita atau terus malap sebaik saja selesai program menggilap bakat mereka.
Dalam pada itu, SS tertarik dengan usaha yang dilakukan Radio Televisyen Malaysia (RTM) menganjurkan Pertandingan Akhir Juara Asyik 2009 yang berlangsung 26 Julai di Auditorium Perdana, Angkasapuri dan disiarkan di RTM 2.
SS tidak lepaskan peluang menonton program itu. Teruja melihat persembahan semua lapan finalis kerana mereka sememangnya berbakat untuk diketengahkan sebagai penyanyi kerana mempunyai suara yang bagus dan merdu didengar.
Apa yang SS dengar, program ini amat dinantikan seluruh Orang Asli kerana menerusi platform itulah mereka berpeluang menonjolkan bakat terpendam sebagai penyanyi solo mahupun komposer amatur.
Ternyata usaha yang dilakukan RTM menerusi stesen radio Asyik FM adalah bukti Orang Asli di negara ini tidak dipinggirkan, terutama dalam bidang seni hiburan tempatan.
Tahniah SS ucapkan kepada pihak RTM kerana mempunyai kesedaran mengetengahkan bakat Orang Asli sejajar dengan konsep 1Malaysia di mana semua kaum wajar diberi peluang untuk menceburi segala bidang yang ada.
Tidak cukup dengan itu, malam tadi berlangsung pula pertandingan akhir Bintang Klasik Nasional 2009 di Auditorium Darul Makmur, Kompleks Penyiaran Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, Pahang.
Setidak-tidaknya pertandingan ini mampu mencungkil bakat muda yang berani menyanyikan lagu lama supaya ia tidak lenyap ditelan arus kemodenan. (di petik daripada kolum soseh soseh - rap harian metro : 3 ogos 2009)
(Ruangan Rimau : RTM bukan semuanya buruk. RTM juga bukan semuanya baik. Ada kekuatan dan ada kelemahan. Sejak ditubuhkan, RTM mempunyai peranannya sendiri. Oleh itu, RTM perlu sentiasa memperbaiki diri dari semasa ke semasa bagi memastikan segala dasar kerajaan difahami dan dijayakan rakyat. Ini termasuk menyemarakkan budaya, seni dan warisan. Yang terbaru ialah usaha RTM untuk memastikan rakyat memahami gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan oleh PM. Selamat berusaha.
Petang ini, ada manusia yang membuat kenyataan KP Penyiaran tidak mahu jumpa orang. Ini yang pelik. Siapa yang kenal saya pasti akan terkejut. Yakinlah. Datanglah ke pejabat, macam klinik doktor. Lepas satu, satu. Ada yang serbu dan ada juga yang nak jumpa lima minit jadi setengah jam. Ini yang dilakukan. KP Penyiaran pun perlu makan juga. Jadi kena berhenti makan sebentar. Adakala tidak sempat makan. Jika ada mesyuarat penting, mesyuarat didahulukan untuk kepentingan rakyat juga. Bukan senang nak jadi KP. Macam-macam orang kena jumpa. Macam-macam ada. Alahai.)
Tuesday, August 4, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Tahniah, di atas kejayaan dan kecemerlangan menganjurkan Pertandingan Klasik Nasional.
Saya ada dalam audotorium tu.
Terima Kasih kerana memilih Pahang sebagai tuan rumah, kalau tengok kat TV rasa macam tak sangka diadakan di Pahang. Tahniah.
Bagi KP Penyiaran gunalah petua ini jika menghadapi tekanan,
RSB : RILEX apabila menerima sebarang arahan. SABAR apabila melaksanakan tugas. BERES semua arahan dan tugas yang dilakukan pastikan mesti beres.
Cadangan :
# kalau boleh tolong siarkan ulangan pertandingan bintang klasik sejak diadakan sebab terlepas tengok.
# Finalis Peserta bintang klasik nampaknya bawa haluan masing2 selepas pertandingan. Sepatutnya wujudkan satu team untuk memartabat lagu klasik dan sekaligus RTM.
Guys I am tired of hearign PAS people tellign me that Umno is unIslamic, read a very nicely written alternative viewpoint here..
Umno's Islam is closer to the spirit of the Faith
http://kitaanakmelayu.blogspot.com/2009/08/islam-cara-umno-lebih-berpandangan-jauh.html
also ada news tentang Blogger Patriot tawan Selangor
Noh Omar gave some pertinent reminders during the launch - got videos one
http://kitaanakmelayu.blogspot.com/2009/08/selangor-lancarkan-program-blogger.html
Datuk 'T'...
Nampaknye kene la bukak klinik cawangan macam doktor2 jugak untuk menampung jumlah pesakit yang semakin ramai...... he... he...
Anyway... semoga sentiasa bersabo ketika menghadapi pelbagai karenah orang....
jonlabuyabedabedu
Post a Comment