Semalam, saya sempat bersembang dengan Freddie Fernandez, orang kuat Karyawan yang memberitahu industri muzik tanahair semakin tenat. Sesuatu perlu dilakukan bagi memastikan pemain industri terus hidup dan tidak kecundang di tengah jalan.
Ketika ini, tidak ramai yang membuat album. Ini kerana mereka tidak mampu mendapat balik kos yang dibelanjakan. Umpamanya, membuat satu album kos yang perlu dikeluarkan ialah RM100,000 tetapi jualan album sekarang amat menyedihkan. Jika 1000 saja yang terjual pada harga RM10, maka kutipan jualan ialah hanya RM10,000 saja. Berniaga buluh kasap.
Oleh itu jalan yang paling 'selamat' bagi syarikat rakaman ialah menerbitkan album penyanyi Indonesia yang sedia ada. Kosnya lebih kecil dan jika album boleh dijual maka mereka akan mendapat keuntungan dan tidak perlu berbelanja RM100,000.
Oleh itu, tidak hairanlah banyak steses radio yang menyiarkan lagu penyanyi Indonesia. Ini kerana syarikat rakaman menghantar CD itu kepada DJ Radio dan mereka gemar memutarkan album itu. Yang popular tentulah penyanyi Indonesia itu.
Freddie berharap sesuatu dapat dilakukan untuk memastikan industri muzik tempatan tidak terus sengsara dengan memberi sokongan padu kepada mereka. Umpamanya memastikan stesen radio memainkan album baru penyanyi tempatan. Barulah album boleh dijual dengan baik atau terkenal. Boleh tak stesen swasta?
Selain itu, penganjur perlu juga membantu penyanyi tempatan dan tidak hanya menumpukan perhatian kepada penyanyi Indonesia. Dalam satu kes, pelaburan sebuah syarikat Telco terhadap konsert satu kumpulan muzik Indonesia amat besar tetapi peminat yang datang hanya beberapa kerat saja.
Alasan penajaan ialah untuk menggalakkan pekerja Indonesia di sini menggunakan 'prepaid' syarikat mereka dan kumpulan itu bagus untuk ditaja. Apa ni? Menyusu kera di hutan atau demi kepentingan komersial?
Tuesday, August 25, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Simple reasons kenapa jualan album merosot atau tak jalan. sebab:
1. Stesen radio berlambak sekarang ni. Antara mereka pun berlumba-lumba memainkan lagu2 yang meletop dan terkini. Jadi, kenapa perlu beli album lagi, tukar-tukar saja siaran radio utk dpt lagu yg best!
2. Jimat duit. Zaman2 gawat ni, pembelian album dan tak menjadi satu kemestian. Lgpun 'free entertainmnt' boleh dapat dlm pelbagai bentuk skrg ni.
3. Boleh download dari internet..muatkan dalam Playlist misalnya. Satu full album yang ada 10 lagu contohnya, kebarangkalian yang sedap didengar cuma 2-3 lagu. Jadi elok download secara percuma sajalah.
Saya bukannya tidak menyokong industri seni tempatan..SAYA PENCINTA SENI HIBURAN TEMPATAN.. cuma kadang-kadang kita memilih yang terbaik untuk diri sendiri. Sebelum bantu org lain, harus bantu diri sendiri dulu..berbaloikah wang yang dilabur dengan hasil yg diperolehi?
datuk,
kenapa stesen mengejar rating?
kerana rating memberi untung.
untung untuk menanggung kos.
untung kini dijana dari 'content' luar terutama indo.
mereka yang tidak mencari untung mungkin mampu membantu sebagai platform 'content' tempatan.
siapa yang tidak perlu untung untuk terus survive?
promosi menggila bak 'mawi di AF3' akan berjaya membuat artis tempatan dihormati.
Sudirman, Jamal dan Siti lahir dari stesen yang tidak peduli rating.
Stesen itu berkorban berjuang demi industri yang tenat itu tadi.
Pendekatan ikhlas lebih berguna dari pendekatan popular.
Post a Comment