Beli arang nak masak pulut
Untuk santapan lelaki perkasa
Ada orang tak sayang mulut
Kerana mulut badan binasa
Kerana mulut badan binasa
Iman lemah gemarkan dadah
Sakit hati tulisan berbisa
Siapa yang tulis terima padah
Siapa yang tulis terima padah
Ada otak tidak digunakan
Bila terantuk pasti tergadah
Sesal kemudian tiada pendapatan
Sunday, August 9, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
pandai jugak datuk aku bermadah... good try...
Tepat sekali seloka tuan.
Harap seloka tuan tidak sekadar seloka penyedap jiwa.
Tuan berkhidmat tepat ditempatnya. Bukan sekadar memanjangkan perkhabaran.
Suara tuan hanya sekadar berbisik jauhnya kepada yang pemunya kuasa.
Saya khuatir, mulut2 biadap bangsa pendatang ini bisa menamatkan keamanan bumi bertuah ini.
Disinilah ISA wajar.
Disinilah jasa tuan saya rakyat marhein harapkan.
http://dr1221.blogspot.com/2009/08/who-is-this-bastard.html
Sdr BelalangDewa,
Banyak pantun lama yang perlu dihayati dan difahami. Ada banyak perkara tersirat di belakangnya. Yang tidak faham tu, perlu belajar. Jangan kurang ajar dan kita kena ajar.
Sdr Buyong,
Walaupun saya Ketua Pengarah dan kakitangan kerajaan, saya juga orang Melayu yang mempunyai perasaan. Saya tidak suka orang mencabar saya apatah lagi memalukan bangsa dan agama saya. Saya sayangkan negara ini dan tidak mahu ia hancur kerana setan-setan gondol yang mementingkan diri sendiri. Sedarlah orang Melayu.
Sdr Bulat,
Orang kurang ajar perlu diajar supaya mereka faham bahawa budak mentah perlu banyak belajar.
yang kurang ajar bukan saya kot, datuk...
Sdr BD,
Bro, you ok.
Post a Comment