Esok kita menyambut hari kemerdekaan. Hari keramat untuk diingati semua rakyat negara ini terutama jasa pejuang kemerdekaan.
Melainkan kita buta sejarah, pengorbanan pejuang kemerdekaan perlu disanjung tinggi dan dikenang sepanjang masa.
Kebelakangan ini pelbagai peristiwa yang 'tidak menarik' membuat kita berfikir adakah kemerdekaan ini akan kekal selama-lamanya apatah lagi dengan isu bangsa dan agama lantang dimainkan oleh pihak tertentu.
Keadaan tidak menentu ini sudah tentu menyediakan ruang bagi sesetengah pihak untuk terus mengganggu dengan pelbagai kegiatan yang mampu merobek perpaduan kita selama ini. Keadaan yang tidak seharusnya timbul ini amat dinanti-nantikan oleh golongan ini.
Jika kita terus alpa dan bermain dengan sentimen perkauman dan keagamaan, kemerdekaan ini akan hanya tinggal nama saja. Kita pasti akan tersungkur di tengah jalan.
Kita akan terus menderita sedangkan pihak lain terus bertepuk tangan kegembiraan dan merayakan kemenangan mereka - menghancurkan negara ini.
Fikirlah rakyat negara ini terutama kemakmuran dan harmoni yang kita kecapi.
Sunday, August 30, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
salam merdeka ..
semoga semangat atok moyang kita dulu dalam menuntut kemerdekaan akan terus subur di hati kita dan tidak luntur dek waktu
wassalam
Datuk Harimau. Salam merdeka & selamat berpuasa.
Salam,
Oleh kerana negara kita adalah sebuah negara berbilang kaum, sentimen perkauman agaknya memang tidak boleh dihilangkan sampai bila-bila.
Masalahnya ialah bagaimana cara yang betul untuk mengendalikan sentimen perkauman itu supaya ia boleh menguatkan kita, dan tidak menyebabkan negara ini berpecah-belah dan huru hara?
Post a Comment