Friday, August 28, 2009
JANGAN TIDUR DI TEPI JALAN
(Poster Ikrar jaga keselamatan diri anda)
Khalilah Dato' Talha, Ketua Komunikasi Korporat PLUS menjengok saya di pejabat minggu lalu. Beliau menyatakan mengenai usaha Plus untuk menyedarkan orang ramai mengenai menjaga keselamatan di jalan raya. Dalam ertikata lain, sayang nyawa anda dan sayang juga nyawa orang lain. Janganlah hendak 'mati percuma'. Ingat orang tersayang. Melainkan kita banyak hutang dan tidak peduli lagi untuk hidup.
Saya menyokong seratus peratus usaha menyedarkan rakyat negara ini. Macam menggunakan rotan kepada kanak-kanak yang degil dan kepala batu. Di rumah perangai baik tetapi apabila di belakang stereng perangai macam setan.
Saya juga berikrar tidak akan tidur ketika memandu. Kecualilah orang lain yang memandu, saya sekali-sekala tidur juga jika terlalu mengantuk. Jika memandu sendiri dan terasa hendak tidur, saya akan berhenti di tempat rehat dan relaks dan bukannya di tepi jalan supaya lori tidak melanggar daripada belakang.
Ramai orang 'mati percuma' kerana meletakkan kereta di tepi jalan yang sudah diketahui banyak lori balak melaluinya. Jangan tempah maut. Fikirlah baik-baik.
Ketika ini, RTM telah membantu menyiarkan klip video PLUS mengenai kepentingan untuk memakai talipinggang kelendar yang menampilkan anak rakan saya, Sdr Fairuz. Ini adalah satu ingatan yang baik terutama mereka yang mahu hidup lama lagi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Ybhg Dato'
Malam tadi saya 'tertonton' promo 1rancangan terbitan RTM sempena sambutan MERDEKA. Apa yg mengejutkan saya dan mungkin ramai lagi ialah 1 klip yg menunjukkan gandingan 3 penyanyi keturunan Melayu, Cina dan India menyanyikan lagu Anak Kecil Main Api.
Dato',
Saya membesar dengan lagu tersebut yang menggambarkan kekecewaan 'orang kita' akan bumi yg dipijakk ini milik orang dan berjanji yag 'kita' akan gagah semula di Nusantata. Dan saya rasa kita masih mencari jalan kearah itu dan masih belum 'gagah' lagi untuk berkongsi lagu itu dengan sesiapa pun. It is a Malay folk song depicting the 'blues ' of our people plight as the son of the soil of this country.
Dengan lagu itulah saya belajar akan nasib malang yang menimpa nenek moyang saya atas sengketa sesama sendiri (semoga Allah mencucuri rahmatke atas mereka) dan memberikan saya semangat untuk menebus nasib bangsa saya yang tercinta. Lagu itulah yang diajar kepada kami sebelum kami meneruskan pengajian kami diluar negara sebagai azimat yang kami semua mesti pulang dan menebus nasib bangsa kami yang malang.
Saya amat tersinggung dan kesal dengan ketidakpekaan sesetengah pegawai Dato' di RTM yang menodai kemurniaan lagu Anak Kecil Main Api sehingga membenarkan ia untuk dinyanyikan oleh sesiapa saja. Saya bimbang yang lagu ini akan jadi terlalu 'common' dimasa depan hinggakan ianya tidak membangkitkan apa-apa kesedaran kepada ana-anak bangsa kita dimasa hadapan tidak seperti yang dimaksidkan oleh penciptanya.
Wassalam
Post a Comment