Monday, September 28, 2009

DR MAHATHIR PENJAGA MALAYSIA

JERLUN 27 Sept. - Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir percaya bapanya tidak lokek untuk mengutarakan pandangan bila-bila masa tidak kira dilantik secara rasmi sebagai penasihat kerajaan dan UMNO atau sebaliknya.

Beliau berkata, sebagai bekas Perdana Menteri yang memberikan khidmat selama 22 tahun, Dr. Mahathir semestinya amat sayang terhadap parti dan kerajaan.

Oleh itu, kata beliau, bapanya itu tentu sedia memberi nasihat jika diminta kerana tidak mahu apa yang diperjuangkan selama ini terhakis dalam menghadapi pelbagai cabaran semasa.

''Pada hemat saya, kalau tidak pegang jawatan rasmi sekalipun, kalau diminta nasihat, sudah tentu beliau memberikan nasihat sama ada secara rasmi atau tidak,'' katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri UMNO Bahagian Jerlun di Wisma UMNO Jerlun di sini hari ini.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu ditanya mengenai cadangan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) supaya Dr. Mahathir dilantik sebagai penasihat kerajaan dan UMNO.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, ia bagi membolehkan bekas Perdana Menteri tersebut menyampaikan pandangan secara tertutup agar tidak dieksploitasi oleh pihak ketiga.

Beliau juga berharap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menimbangkan perkara itu secara serius bagi memastikan tidak ada pihak mengambil kesempatan dan dijadikan modal politik untuk mengelirukan rakyat.

Mukhriz berkata, meskipun masalah yang timbul sekarang adalah baru dan berbeza berbanding sewaktu Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri, namun dengan pengalaman yang luas menjadi ketua negara, tentu ada perkara yang boleh dicontohi untuk kebaikan bersama.

(Renungan Rimau : Mengapa umur Tun Dr Mahathir Mohamad panjang? Orang kata kerana beliau ditugaskan untuk 'menjaga' Malaysia daripada dirosakkan oleh sesetengah pihak. Kehadirannya sudah tentu akan membantu Perdana Menteri kita sekarang dengan pandangan dan nasihat yang ikhlas dan telus. Sebagai Negarawan, TDM juga boleh memberikan pandangan yang mungkin berbeza tetapi untuk kepentingan negara. Bagi mereka yang terasa pedas, anggaplah nasihat TDM sebagai nasihat seorang bapa kepada anaknya. TDM pun sudah puas menasihatkan pemimpin PAS. Mereka masih tidak berubah.)

9 comments:

Anonymous said...

Tuan Pengarang,

Saya ingin menarik perhatian tuan mengenai blog berikut yang menulis artikel yang berunsur DERHAKA kepada raja dan negara:

http://rights2write.wordpress.com/2009/09/25/sultan-of-the-people/#comments

Komen-komen seperti di dalam blog diatas mesti dibenteras sekeras-kerasnya

aimdaim said...

DIY,

DSN telah berada di landasan yang tepat dalam mengemudi negara tercinta ini.
DSN hanya perlu meneruskan apa yg telah TDM rancangkan dan di tambah dgn idea yg baru & bernas.
Tak salah klu TDM jd penasihat.

fikir-fikirlah

Quantum Metal Consultant said...

Jika dilantik sebagai Penasihat Kerajaan dan Parti, apakah Tun bersedia dan boleh menerima pandangan orang lain jika pandangannya tidak dapat dilaksanakan.

Jika semasa berkuasa, mungkin Tun masih boleh meneruskan tetapi dalam keadaan tidak berkuaa sekarang, perselisihan pendapat ini sangat merbahaya.

Situasi sekarang secara terbuka adalah lebih baik, Tun tidak wajar mengganggu pentadbiran yang sedia ada sekarang.
Najib dan kabinetnya harus diberi kebebasan dalam cara dan pendekatan mengendalikan kerajaan tetapi dalam masa yang sama, seperti rakyat lain Tun juga bebas memberi pandangan.

Adalah lebih baik Tun berada di luar kerajaan dan parti untuk melihat kerajaan dan parti hari ini melalui kacamata rakyat.

hasipin66 said...

Salam buat Datuk,
Apakah keterlaluan jika sebut saja nama Tun Mahatir,semua orang ingat UMNO dan nama Malaysia.Namun hakikatnya memangpun dan begitulah,soalnya pihak parti pembangkang apa pendirian mereka?

Berdasarkan pengalaman dan ilmu TDM yang cukup dalam bidang politik dan pentadbiran,tentulah beliau selayaknya diangkat sebagai penasihat kepada kerajaan Barisan Nasional dan bukannya penasihat untuk UMNO.

Kulupbana said...

Salam Hari Raya Datuk.
Baguih lah kalu Tun Dr Mahathir dinobatkan kembali di tempat sewajarnya.

Bak kata Tun sendiri, ramai pula nak membela dia sekarang tak lagu zaman Pak Lah dulu, ramai yang bantai macam nak rak.

Melayu, pls jangan mudah lupa.Ada kalanya disanjung, ada kalanya dijauhi.

Anonymous said...

http://apanama2020.blogspot.com/2009/09/is-mic-still-relevant-with-or-without.html

Unknown said...

DSN perlu contohi ketegasan TDM. dlm banyak isu DSN nampak agak lemah khususnya dalam isu antara kaum. jangan terlalu apologatic. ketegasan bukan sahaja perlu ada, bahkan harus nampak ada.
misalnya isu MIC dan samy, jika samy menjadi punca kemerosoton sokongan kaum india, samy perlu berundur, jika masih degil lagi carilah jalan supaya dia diundurkan, what ever it takes...
kalau zaman TDM sya ras dah lama samy disingkirkan... sebab samy tak penting, yang penting ialah BN mesti kuat
salam aidil fitri DIY

orgkpgdoha said...

Org Arab di Doha, qatar lebih mengenali Mahathir dari Pak Lah...hormatnya depa kepada Mahathir sehingga Malaysia dikenali dikalangan mereka.

budak-kom said...

salam. harap maaf lari dari tajuk. harap boleh bagi pandangan mengenai pelantikan omar ong yang d kategori sebagai kroni ke dalam sumber duit negara-petronas.