Thursday, September 17, 2009

OKTOBER - BULAN BAHASA KEBANGSAAN (1)

Pada 6 Oktober ini, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, akan melancarkan Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) di Stadium Perpaduan, Petra Jaya, Kuching Sarawak.

Majlis pelancaran itu akan dipenuhi dengan pelbagai acara termasuklah deklamasi puisi, tayangan video mengenai perjalanan usaha memartabatkan bahasa kebangsaan, lafaz ikrar dan penyerahan skrol ikrar kepada TS Muhyiddin.

BBK ini adalah rentetan program kerajaan untuk menggalakkan penggunaan Bahasa Malaysia di kalangan rakyat seluruh negara. Ia membabitkan agensi kerajaan dan sektor swasta selain penekanan diberikan kepada generasi muda.

Program memartabatkan bahasa ini bermula dengan panggilan Minggu Bahasa Kebangsaan dan Bulan Bahasa Kebangsaan sepanjang dekad 60-an.

Kempen ini telah melalui perubahan pelbagai nama seperti Gerakan Cintailah Bahasa Kita (GCBK) (1987-1996); Gerakan Bahasa Kebangsaan Sektor Swasta (GBKSS) (1966 - 2005 dan Mingu Sastera (1987-1998)dan Minggu Sastera (1987-1988).

Akhirnya pada tahun 1999 gerakan ini dinamakan Bulan Bahasa dan Sastera Negara (BBSN).

3 comments:

Anonymous said...

Ha ha ...Dr M tak ambik pot pun...dia juga kata hari ni yg dia bengang bila org UMNO (ada la Menteri tu) dan juak juak lagi dok kata dia dulu...suruh pecat la dan macam macam...

Takdak pulak hubaya hubaya yg bising...Kaduk oh kaduk...

... said...

sgt setuju akan aktiviti ini, rakyat malaysia seharusnya buka mata dan berbangga akan bahasa kebangsaan kita.. kalau rakyat jepun dan perancis sgt bangga akan bahasa mereka kenapa tidak kita. cheers!

Anonymous said...

de x text ucapan masih majlis tu??