Saturday, September 12, 2009

PENGADU DOMBA DI TANGKAP POLIS

Posting Kedua - 11.25 pagi

Dalam pada itu, rakyat Indonesia di negara ini tidak harus bimbang dengan perkembangan di negara asal mereka. Ini kerana rakyat negara ini sentiasa waras tidak akan mengambil tindakan yang 'bodoh' dan memalukan itu.

Baru-baru ini, ada rakyat Indonesia di sini meminta Presiden SBY untuk menyelesaikan 'kekalutan kecil' ini dengan baik dan terhormat. Pekerja Indonesia di sini haruslah terus memberikan perkhidmatan kepada sektor yang diperlukan terutama dalam bidang pembinaan dan sebagai surirumah.

Marilah kita banteras rakyat Indonesia yang datang ke sini untuk merompak atau melakukan keganasan. Begitu juga rakyat Malaysia yang tidak cerdik menerima 'upahan' untuk berdemonstrasi. Buat kerja yang mulia lebih baik.

Nota: (Saya diberitahu bahawa Duta Indonesia sekarang ada meminta jangan dipanggil 'orang Indon' kepada rakyat Indonesia di sini dalam satu pertemuan dengan wartawan di Bernama. Tetapi beliau tergamam dan tidak boleh menjawab apabila ada wartawan yang tanya, bukan rakyat negara ini yang mahu memanggil mereka begitu tetapi rakyat Indonesia sendiri mengatakan, "saya orang Indon Pak". Jadi bagaimana ya? Waduh...waduh...pening kepala)

Posting Asal - 8.17 pagi

Malam tadi, ketika bersembang dengan kenkawan, saya diberitahu bahawa pencetus kepada kegiatan membuat ugutan terhadap rakyat Malaysia di Indonesia sudah ditangkap.

Polis di sana mendapati kumpulan ini adalah dalang kepada kegiatan menakutkan rakyat negara ini dengan 'buluh runcing' mereka dan kenyataan untuk berperang dengan Malaysia. Mereka ini 'pengadu domba' yang paling tidak berguna di dunia. Sampah masyarakat bukan pejuang negara.

Ramai daripada mereka adalah 'pekerja upahan' yang diberi wang dan makan untuk memastikan mereka menjalankan kerja untuk kepentingan kumpulan tertentu. Sanggup bertindak kerana sesuap nasi tanpa memikirkan akibat perbuatan mereka.

Ini ditambah oleh 'akhbar nyamuk' yang semakin nyaring tanpa memikirkan bahawa keperluan untuk hidup bersama-sama dalam semangat serumpun. Mereka inilah yang mahu melihat kedua-dua negara berbalah dan bertelagah.

Tindakan mereka telah menimbulkan keresahan kepada penduduk di kedua-dua negara. Rakyat Malaysia yang mempunyai sanak saudara atau rakan taulan sudah pasti bimbang dengan nasib keluarga mereka dengan kemunculan 'samseng kampung' ini.

Secara logiknya amat 'bodoh' untuk bertelagah semata-mata 'samseng kampung' ini mengambil kesempatan daripada kesilapan orang ketiga menyiarkan tarian yang boleh diselesaikan di meja rundingan atau dengan berfikiran positif.

Apatah lagi melihat latarbelakang rakyat Malaysia yang boleh dikatakan satu pertiga mempunyai tali persaudaraan dengan rakyat Indonesia termasuklah daripada keturunan Jawa, Bugis, Acheh, Mandiling, Banjar atau Boyan.

Apakah tidak boleh tarian itu ditari oleh rakyat Malaysia yang mempunyai talian keturunan dari Indonesia? Kita sejak dulu lagi sentiasa berkongsi dengan ikon nyanyian atau lakonan yang sudah tentu merapatkan silaturahim.

Persetankan 'setan-setan' yang sentiasa mahu menghisap darah kita.

8 comments:

RantauAnakDesa said...

...sama dgn di Malaysia tuan,...ada yg menyertai perhimpunan haram sbb diupah....

salam singgah
www.rantauanakdesa.blogspot.com

hasipin66 said...

salam Ramadan,
kumpulan pengacau dimana-manapun memang bikin susah semua orang,sekalipun kehidupan binatang turut terganggu macam kepala lembu diarak kat seksyen 23 baru-baru ini.
apapun memang kerja sia-sia nak hancurkan hubungan malaysia dengan indon,adalah kerja bodoh tak tentu pasal.Nik Aziz cakap,tak bertamadun langsung.kita rasa malulah dengan negara-negara jiran,indon dan malaysia rohnya sama saja,cuma jasad berlainan.Melayu kat Malaysia juga serumpun dengan Melayu di Indon.

Kesian pelajar-pelajar kita kat Indon,tak tentu pasal mau pula diusir dan nak dibunuh pula tu.diorang belajar kat sanapun kena bayar bukannya percuma.oleh itu marilah sama-sam hargai semangat perpaduan yang kian lama terjalin sejak wujudnya alam Melayu lagi.

Anonymous said...

Hisham Telur Separuh Masak dan Abg Polis kena buat homework sikit. Korang perlu siasat dalan insiden tersebut. Rasa nye mcm ada tangan ghaib dari Malaysia je..tangkap dan ISA kan...SEGERAKAN (dlm 1 minggu rasa ok gak)

Anonymous said...

Datuk,

RTM kena lihat semula sinetron2 dari indon tu yg disiarkan di TV RTM... sepatutnya dah diberhentikan... dan jgn ada siaran baru!

Stesen2 swasta juga patut bertindak sedemikian. Kementerian boleh mengarahkannya kerana TV swasta sekarang ni di bawah kuasa Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

Seharusnya mereka ini tak diberi peluang...!

Dari Lensa Ke hati said...

pandangan saya ialah ada pihak nak malukan kedua-dua negara...maka akan muncul pihak ketiga yang kononnya nak selesaikan masalah

Dee said...

Salam. .

Adalah dìharapkan kerajaan dpt mempergiatkan lagi operasi2 membenteras pndtang haram ini. .dan bekukan serta merta pengambilan pekerja dari indonesia. .mereka ini dlm bnyk perkara tidak pernah menghormati malaysia malah rata2 mereka ini anti malaysia wlaupn selama ini malaysia bnyk menampung tenaga kerja indonesia. . Di harap kerajaan tidak bertolak ansur ke atas manusia yg tak tahu diuntung ini. .

Sekian. .

cekodokmasin said...

Salam tuan,
Betul la tu. Kat sana kalau kita beri upah 1ribu rupiah (kira2 35 sen jer)pun mereka sanggup bergadai nyawa. Dah tak ada kerja. Janji dapat duit, perut kenyang, hidung berasap... Kat sini pun, Indon banyak yang jadi kepala gengstar...

Anonymous said...

Eh! Kita ni ada pertalian dengan Indon ke? Mana ada Datuk. Saya percaya Tuhan telah menetapkan Malaysia untuk orang Melayu, Indonesia untuk orang Indon, America untuk orang putih, Africa untuk Mat Gelap dan sebagainya...kenapa asyik cakap serumpun. Takdelah Datuk. Mungkin ada yang berketurunan Jawa dan sebagainya, tapi tetap tak ada pertalian. Macam orang Cina sini dan orang Cina sana. mana ada pertalian...Adik bongsu