Wednesday, November 25, 2009

AKU BUKAN MELAYU PAUTAN

hadapkan muka mu ke Kaabah
minta tuhan lembutkan
hatinya
menolak mu sepanjang masa
memarahi mu sebegitu rupa
kerja mu
perlu selesa

angkat tangan mu ke langit
doakan
ubah
fikir
sikap lelaki itu
agar diri mu
tidak dicemuh
dicaci
dibenci
kerja mu licin
sentiasa

sebenarnya
aku bukan Melayu pautan
bergayut tanpa sempadan
merayu si anak kecil
kejaran ombak
marah
cemuhan
kuat halilintar
aku tetap berdiri
sebagai Melayu
tiada lari
mengecil diri
taburan bakti
bukan untuk lelaki
hanya
tuhan sejati

JEDDAH, ARAB SAUDI. 10.10 MALAM.

7 comments:

pencinta kebenaran said...

salam....

alhamdulillah ada kat tanah suci..dah alang2 kat sana tu sy rasa ada baiknya juga klau saudara doa kan akan kehancuran pengkhianat2 negara n agama..mm..sy tgk skrg ni ramai jek yg gadai agama n negara demi nak berkuasa...kita minta pertolongan yg Maha Esa moga2 peristiwa 1511 tak berulang kembali...amin.

Anonymous said...

YBhg. Datuk,

Selamat menunaikan haji... doakan kesihatan, keselamatan, dan kesejahteraan kami di Malaysia.

Saya mendoakan semuanya selamat dan semoga YBhg. Datuk akan beroleh Haji mabrur.

JONLABUYABEDABEDU

ibrahim yahaya said...

Sdr PK,

Saya yakin rakyat Malaysia akan menolak dan menentang pengkhianat bangsa,agama dan negara. Tiada maaf bagi golongan ini. Peristiwa 1511 berlaku kerana peranan Si Kitol dan mereka yang mempunyai pelbagai wajah. Semoga Malaysia sentiasa terpelihara oleh Allah SWT. Amin.

ibrahim yahaya said...

Sdr Jonlabu,

Terima kasih. Balik nanti boleh lepak kat tempat biasa. Selalunya masa tidak mengizinkan. Apa nak buat. Dulu sama kapal, sekarang Jonlabu udah naik kapal selam. Tk.

Hafizal Hamad said...

Akum Dato...

Mantap kata2 dalam post Aku Bukan Melayu Pautan

AYIE SHAHRI SARIPAN said...

Datuk punya sajak... dashyat..!!!

Anonymous said...

YBhg. Datuk

Naik kapal selam tu yang tak best tu.... tenggelam tak timbul-timbul... dah nasib badan... orang lain terus timbul dan naik ke angkasa.. (bukan angkasapuri tau) tapi diri ini 'tenggelam' di dasar laut... tunggu masa dimakan atau dihuni oleh batu karang..... bagaimanapun, saya mendoakan yang yang terbaik untuk YBhg Datuk... pasal minum tu, saya selalunye free lepas jam 6 petang.... anyway, i'll can slot my schedule for you sir, anytime at those hours... like i used to and always be...

thanks.

JONLABUYABEDABEDU