Tuesday, November 24, 2009

INSTITUT PENYELIDIKAN MENGENAI HAJI

(Masjidil Haram)

JEDDAH,Arab Saudi : Tahukah anda bahawa wujudnya The Custodian of The Two Holy Mosques Institute for Hajj Research atau Institut Penjaga Dua Masjid Suci Bagi Penyelidikan Haji? Institut ini wujud di Arab Saudi.

Institut ini ditubuhkan 35 tahun lalu untuk melakukan pelbagai penyelidikan berkaitan haji di mana 'hasil penyelidikan' digunakan oleh pembuat dasar Arab Saudi dalam merencanakan pembangunan urusan haji di negara itu.

Penyelidikan itu merangkumi faktor kesihatan, alam sekitar, infrastruktur dan perancangan pembangunan di kedua-dua Masjidil Haram dan Masjid Nabawi agar umat Islam di seluruh dunia dalam melakukan Rukun Islam kelima dengan sempurna.

Segala pembangunan yang dilakukan di kedua-dua masjid suci itu mengambilkira daripada penyelidikan bertahun-tahun bagi memastikan sebarang pembangunan termasuk dari segi infrastrukur memudahkan urusan mengerjakan haji.

Ini termasuk projek pembesaran kedua-dua masjid, pembinaan terowong muasim, penyediaan infrastrukur untuk melontar, kemudahan tempat air zam-zam, pembinaan pengangkutan rel dari Arafah ke Mina, penggunaan bahan kalis api bagi khemah di Mina dan Mudzalifah dan kaedah terbaik menguruskan jutaan jemaah pada musim haji.

Ketika ini, institut itu ditempatkan di Mekah dan Madinah. Ada 85 petugas di institut di Mekah manakala 40 orang pula ditempatkan di Madinah.

Semoga institut ini terus memberi sumbangan untuk kebaikan urusan mengerjakan haji.

2 comments:

Idris Ismail said...

Asssalamualaikum wr wb, kalaulah boleh disyorkan kepada yg berkuasa di KSA, agar menambah kemudahan air & tandas di Arafah, Muzdalifah dan Mina. Kesian tengok bakal haji yang "pecah tabung pundinya" semasa beratur ke bilik air. Yang ambil package mungkin takde masalah ini.
- Yang masih teringat lazatnya kurma ajwa.

Idris Ismail Talu
http://idristalu.blogspot.com/

ibrahim yahaya said...

Sdr Idris,
Akan diusahakan jika ada kesempatan. Pengalaman pada 1997 amat segar dalam ingatan. Terpaksa bangun pagi kerana tidak mahu 'tersekat' dan boleh menjalankan 'kerja' tanpa gangguan. Memang lazat kurma ajwa.