Sunday, November 8, 2009

JANGAN BIARKAN TUHAN BOSAN

PUTRA HEIGHTS: Permintaan PM agar semua pemimpin parti-parti politik dalam BN menyelesaikan masalah mereka segera perlu diambil perhatian oleh orang nombor satu dan dua parti. Mereka perlu insaf dan balik ke pangkal jalan.

Jangan terus menerus bergaduh sehingga menjejaskan nama baik BN dan seterusnya rakyat akan meluat.

Apabila mereka meluat sudah tentu mereka mencari parti alternatif. Ketika itu menangis airmata darah pun tak berguna. Burung terlepas tangan bau tahi. Kerajaan terlepas dan nasib rakyat, terutama orang Melayu dipinggirkan dan dikesampingkan. Itukah yang orang Malaysia mahu?

Janganlah bergaduh kerana hal-hal peribadi. Jangan bertelegah kerana isu remeh-temeh yang boleh diselesaikan ketika duduk bersembang 'pekena' teh tarik. Fikirkan mengenai negara dan rakyat. Tamatkan sengketa dan fikirlah yang lebih besar.

Insaflah dan jangan biar tuhan bosan dengan perangai kita.

(Tahniah kepada Pasukan NS kerana menjadi juara malam tadi).

4 comments:

Anonymous said...

"Insaflah dan jangan biar tuhan bosan dengan kita".

SAYA DUKACITA DENGAN AYAT DI ATAS.

SIAPAKAH KITA....
KITA SEKADAR MANUSIA YANG LEMAH LAGI HINA?

KEWARASAN SUDAH HILANG, JIKA KITA BERTUNJANGKAN PRINSIP, KITA YANG MAHA TAHU dan TUHAN BOSAN MELIHAT PERGADUHAN SESAMA UMAT.

SIAPAKAH KITA...?
YANG INGIN MEMEHAMI KEHENDAK TUHAN.

KEHENDAK ALLAH SEPERTI DALAM AL-QURAN dan SUNNAH NABI

ITU PUN MASIH ADA LAGI MANUSIA YANG JAHIL UNTUK MEMAHAMI KEHENDAK TUHAN,

APA SUDAH JADI DENGAN INJIL, ZABUR dll.

DALAM ISLAM, UMATNYA PUN MASIH BERPECAH....
MASING-MASING MENDAKWA MENGIKUT KEHENDAK TUHAN.....

sekadar renungan


Adam Amin
Kg Jerlun,
Kedah.

fly said...

tiger tulis:jangan biar tuhan bosan dengan perangai kita. - apakah bosan termasuk salah satu sifat tuhan? apakah terdapat keterangan dari alquran dan sunnah yg menyatakan bosan adalah salah satu sifat tuhan?

senyapbisaweh said...

Insaflah,JANGAN BIAR TUHAN BOSAN DENGAN KITA....
ayat ini sepatutnya tuan Tiger bagi kat Orang PAS....
Berbagai-bagai cara untuk mereka mengikat taat sedia ahli-ahli,sehingga sekarang sanggup menceraikan isteri untuk kukuh,taat dalam politik...
Hai dunia...jangan samapi MALAYSIA dilanda gempa-bumi dan gunung berapi muncul dari dalam bumi sudah.....

Dari Lensa Ke hati said...

diharapkan byk wakil rakyat B.N yg berkhidmat kepada rakyat di negeri pembangkang menguatkan lagi gerak kerja kerana B.N menang,Kedah Senang tak akan menjadi kalau wakil rakyat sedia ada atau ahli politik B.N tak buat kerja..renungkan lah masa depan parti bukan peribadi