Wednesday, November 25, 2009

SALAM BAITULLAH DI RTM

Dalam usaha menyediakan laporan haji terbaik, RTM dengan kerjasama Pos Malaysia akan menyiarkan siaran langsung SALAM BAITULLAH selama sejam mulai jam 3 petang di TV1 yang memaparkan jemaah haji di Arafah, Mudzalifah dan Mina.

Siaran langsung yang dihoskan oleh Sayed Munawar Sayed Mustar itu akan memberi peluang kepada rakyat Malaysia menonton jemaah haji mengerjakan Rukun Islam Kelima termasuk melontar di ketiga-tiga Jamrahtul.

Ia akan disiarkan selama lima hari mulai esok.

Selain itu, dimuatkan temuramah dengan pegawai Tabung Haji dan pegawai pengurusan haji Arab Saudi yang menceritakan semua urusan membantu jemaah haji dari seluruh dunia termasuk projek korban terbaru mereka.

Selamat menonton.

6 comments:

Idris Ismail Talu said...

Assalamualaikum wr wb,

Saya kurang pasti samada ini kali pertama siaran serupa ini diadakan atau telah pernah diadakan.

Semoga dengan adanya siaran ini, penonton yang belum berpeluang ke sini melihat suasana sebenar di Arafah, Muzdalifah dan Mina.

Kepada yang pernah hadir di sini, akan membangkitkan nostalgia ketika berada di sini suatu masa dahulu.

Selamat mengerjakan ibadah haji. Arafah, Muzdalifah dan Mina - kami rindukan mu.

Wassalam,
Idris Ismail Talu
http://idristalu.blogspot.com/

AYIE SHAHRI SARIPAN said...

Satu pendekatan dan usaha yang amat bagus.... Memang memenatkan dan menyukarkan... Tapi Insya-Allah pahalanya ke arah usaha ini, hanya Allah sahaja yang mengetahui dan menentukan.... Ramai waris di Malaysia menantikan berita ibu bapa dan sanak saudara mereka yang berada di Tanah Suci sekarang...... Cadangan Datuk, bacakan ucapan2 jemaah haji kita secara ringkas di sana buat keluarga di Malaysia.... lebih touching pada petang hari raya di Malaysia.... mcm kita selalu buat salam perantau semasa Aidilfitri... Kami akan buat promo / rangkak untuk orang ramai tonton rancangan tu....

iskandar17 said...

selamat menunaikan fardhu haji & selamat hari raya aidil adha.

aimdaim said...

DIY,

Semoga mendapat haji yang mabrur di sihatkan tubuh badan & di murahkan rezeki.

Selamat Kembali ke Tanah Air

Anonymous said...

Salam Dato
Berdoalah saya haji datuk mabrur.

Namun saya mengharapkan RTM menyajikan laporan hj ini setiap hari dari Mekah. Laporan ini di beli oleh pengiklan dan menggunakan GLC Telekom Malaysia. Saya cemburu TV3 dapat melakukannya dalam segmen buletin utama pulak tu. RTM pasti boleh, cuma mereka yg tadbir d unit berita TV atau Pengarah siarannya kurang kreatif untuk melaksanakan ini. Alahai RTM.

Belalang KL

nurul iman said...

Assalamualaikum , saya selalu tgok "Salam Baitullah" dan dgr nasyid yg slalu kna mainkan time "salam baitullah" . saya nk tjuk2 nasyid yg slalu kna mainkan