Friday, November 20, 2009

JANGAN JAWAB TELEFON DI MASJID

MADINAH, Arab Saudi : Telefon bimbit adalah berita ringan yang boleh dikongsikan bersama pembaca mengenai apa yang berlaku di Masjid Nabawi di sini. Pertama peristiwa seorang yang menjawab telefon bimbit di dalam masjid. MasyaAllah.

Suaranya begitu kuat sekali seolah-olah sedang memberi ceramah atau berdebat. Bahasa yang digunakan tidak begitu pasti tetapi bunyinya seperti bahasa Tamil atau Hindi.

Oleh kerana terlalu asyik menjawab telefon ketika jemaah sedang membaca Al-Quran dan berzikir, beliau berbual dengan suara yang amat lantang.

Mungkin orang tidak memahami bahasanya dan bolehlah beliau bercakap apa saja termasuk kisah ayam atau kambing. Namun, yang tidak manis ialah suaranya yang kuat sudah pasti mengganggu jemaah yang lain.

Tidak hairanlah apabila selesai 'berbual', beliau dimarahi oleh seorang jemaah yang tidak senang dengan tindakan itu. Beria-ia orang yang memarahinya itu.

Saya tidak faham dengan intipati yang dihamburkan tetapi yang saya perasan ialah apabila jemaah yang marah itu membuat lakonan memegang telefon dan menunjukkan jemaah lain. Ia seolah-olah mengingati jangan bercakap kuat di telefon bimbit yang boleh mengganggu jemaah lain. Rakyat Malaysia jangan berbuat demikian.

Satu lagi ialah telefon bimbit digunakan untuk menghubungi suami isteri, keluarga, sanak saudara dan rakan taulan yang berpisah kerana berlainan saf sembahyang atau antara lelaki dan perempuan. Ramai orang dan kawasan besar sudah tentu boleh sesat.

Mereka boleh menghubungi antara satu sama lain untuk memberitahu di manakah mereka berada ketika itu. Ini secara tidak langsung memudahkan mereka mencari keluarga tanpa perlu mencarinya berjam-jam seperti pada masa lalu.

7 comments:

abdul razak said...

Selamat menunaikan fardhu haji sahabatku. Moga mendapat haji mabrur.

ayieshahri @ my|bachelorman said...

Salam hormat dari Malaysia, Datuk...

Kalau dahulu, orang yang mempunyai telefon bimbit merupakan mereka yang benar-benar berkemampuan... Pantang saja kalau ada yang memegang handphone walhal saiznya umpama batu bata, dianggap "somebody" atau dalam istilah lain orang kaya... Bagaimanapun pada masa kini, budak sekecil 1 tahun pun sudah pandai merengek minta handphone sebab hendak mendengar lagu-lagu yang dimainkan. Begitulah penangan teknologi handphone di kalangan rakyat kita. Itu tidak kira pula hal mereka yang "gila" handphone atau bertukar telefon bila saban kali ada model baru dikeluarkan di pasaran. Kononnya up-to-date, padahal nak menunjuklah yang dia boleh membeli handphone terkini. Sedangkan fungsi utama; membuat atau menerima panggilan... atau paling malas berbalas sms / mms. Kita harus hargai teknologi yang diperkenalkan, tetapi kalau sampai ke tempat ibadah pun macam ibarat di pasar ikan... bagi saya itu sudah melampau... Saya juga naik baran bila berada di panggung wayang, dewan atau auditorium menyaksikan pementasan atau persembahan.... berdering-dering bunyi telefon lupa di"silent"kan... Ehh.. semua orang pun ada handphone lah... Budaya sebegini perlu kita perbetulkan.. Jikalau penting sekalipun, janganlah lupa untuk mematikan bunyi handphone masing-masing kerana takut-takut mengganggu orang lain..

P/S: Walau apapun rakyat Malaysia masih lagi berbudi bahasa tinggi, seperti ungkapan keramat "BAHASA JIWA BANGSA"... Tidak begitu..???

Media Cyber said...

saya rasa di Malaysia ini tiada manusia sebebal itu nak menjawab telefon dan bersuara lantang di dalam masjid. hanya mereka yang otak xbetul jer akan berbuat demikian.

beria-ria orang yg memarahinya..? kenapa perlu marah? kenapa tidak ditegur dengan cara yang baik? marah itu bukannya satu sifat yang harus ditanam dalam diri umat islam.

Anonymous said...

Hukum penggunaan telefon di dalam masjid adalah harus.....
Tapi ia bertukar menjadi haram, jika ianya disalahgunakan seperti bercakap terlampau kuat, nada bunyi yang kuat dll sehingga boleh menganggu orang lain yang sedang sembahyang @ beribadah.

Begitu juga dengan istilah "ROKOK"
Mengikut Mazhab syafie, rokok itu makruh, tetapi ia akan menjadi haram apabila menghisap di dalam masjid @ surau, semasa membaca al-Quran dan yakin, rokok boleh memudaratkan diri sendiri.

--Sekadar Pandangan---
Jika salah, tolong perbetoikan

ADAM AMIN
Kg Jerlun
Kedah.

Anonymous said...

Kepada Penyokong Tegar PAS.
Kepada Para PenTAKSUB PAS.
Kepada Para Pembuli UMNO.

Sedar...lah
SEDAR...LAH

Jika kamu memusuhi UMNO ...
seperti kamu musuhi ISLAM.

Walaupun mereka penyokong UMNO..
Tapi mereka tetap menganuti agama ISLAM.
Mereka faham rukun iman dan rukun Islam.
Mereka juga mengamalkan semua amalan Sunnah Nabi.

Jadi kita semua ....

"SAUDARA SESAMA ISLAM"
Perbezaan ideologi bukan matlamat sesebuah parti siasah.

TAPI,
PERSAUDARAAN SESAMA ISLAM IALAH MATLAMAT KITA UNTUK MENYERU AGAR MANUSIA MENGENAL ALLAH s.w.t

Lebai Pondok
Ayer Hitam
Kedah

armouris said...

jangan SMS/telefon ketika memandu juga! - Bahaya SMS (Ketika Memandu)

Anonymous said...

DULU orang naik haji cabarannya lain... kini soal telefon pun jadi CABARAN. Kesabaran akan diuji.

Semoga mendapat HAJI MABRUR

AMINNN.................
(member MHS Cadet Corp)