JEDDAH, Arab Saudi : Sebagai orang Islam, ramai yang memahami mengenai Rukun Islam dan Rukun Iman. Satu lagi yang mereka sering lupa ialah I yang ketiga iaitu Ihsan selain Islam dan Iman.
Ihsan ini secara tidak langsung memperkukuhkan akidah kita terhadap hubungan dengan Allah SWT, manusia serta hamba Allah yang lain. Sebagai umat Islam kita sentiasa sedar dan yakin bahawa ada 'kuasa besar' yang sentiasa memerhati kita. Sebagai insan kerdil kita amat takut untuk melakukan perbuatan yang dilarangi Allah SWT. Ada orang jijik untuk makan daging 'babi' tetapi tidak kisah untuk minum arak.
Ramai yang melaksanakan segala ajaran dalam Rukun Islam dan Iman tetapi lupa dengan tanggungjawab mereka mengenai I yang ketiga. Ini termasuk hubungan dengan keluarga, saudara-mara, sahabat dan jiran. Adakalanya kita lupa bab hubungan ini sehingga perbuatan kita ini tidak disukai oleh Allah.
Oleh itu, untuk menjadi umat Islam sejati, kita perlu melaksanakan ketiga-tiga I itu agar kehidupan kita sentiasa mendapat rahmat dan sejahtera di dunia dan di akhirat.
Rasulullah SAW pernah ditanya mengenai kedudukan seorang wanita yang tidak tinggal sembahyang dan selalu berpuasa tetapi beliau sering membuat 'gossip' mengenai orang lain. Jawapan ringkas Rasulullah SAW ialah - wanita itu tidak akan masuk syurga.
Dalam ertikata lain, janganlah kita ingat bahawa dengan hanya melaksanakan Rukun Islam dan Iman tanpa mempedulikan Ihsan, kita sudah menjalankan tugas sebagai hamba yang taat kepada penciptanya. Perbaiki hubungan kita dengan manusia lain.
Oleh kerana terlupa dengan I yang ketiga itulah kita dimurkai Allah SWT atau mungkin tidak disenangi sepanjang masa. Ingat dan insaflah.
Tuesday, November 17, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Salam Datuk,
"Ada orang jijik untuk makan daging 'babi' tetapi tidak kisah untuk minum arak."
Saya memang pelik dgn orang seperti ini... Pernah sy bekerja di sebuah syarikat swasta yang menguruskan jual beli antarabangsa... Ada suatu ketika pelanggan yg datang ke negara ini dari Dubai.. Mereka ialah umat Islam.. Apa yang pelik mereka order minuman red wine dan arak (beer)... Mereka tak kisah minum benda tu.. Tapi apa yang amat pelik bila makanan dihidangkan di atas meja.. Mereka boleh bertanya makanan ini halal tak?
Renung-renungkan...
Datuk,
buat ibadat haji buatlah. Jangan mengarut benda-benda mengutuk orang.
Takguna datuk dapat haji kalau perangai macam ini.
Post a Comment