ARAFAH, Arab Saudi : Selepas sembahyang jamak/qasar Zohor dan Asar di Arafah tadi, saya sebagai KP RTM dijemput menjadi tetamu Stesen Televisyen Arab Saudi Saluran Inggeris.
Saya ditanya mengenai pengalaman mengerjakan haji, lawatan yang diaturkan serta usaha yang dilakukan oleh Kerajaan Arab Saudi terutama Kementerian Kebudayaan dan Penerangan.
Selain itu, mereka bertanyakan mengenai usaha mewujudkan organisasi atau rangkaian yang boleh menyalurkan laporan mengenai Islam terutama usaha untuk memperbetulkan laporan anti-Islam atau yang berniat tidak baik.
Jawapan saya sudah tentulah menyanjung usaha Kerajaan Arab Saudi untuk memastikan urusan mengerjakan haji jemaah dari seluruh dunia berjalan begitu teratur dan lancar. Mereka menjalankan tugas dengan baik.
Bayangkan betapa sukarnya untuk mengawal lebih 2.5 juta jemaah haji termasuk mereka yang datang bersendirian atau masuk secara haram untuk menunaikan Rukun Islam Kelima.
Usaha bersungguh-sungguh Kerajaan Arab Saudi itu memudahkan urusan mengerjakan haji selain kemudahan yang disediakan terutama di Masjidil Haram, Masjid Nabawi serta Arafah, Mudzalifah dan Mina.
Mungkin rakaman temuramah itu boleh dilihat dalam Salam Baitullah. InsyaAllah. Orang dah jemput kita pun berusahalah menjawab soalan dalam bahasa Inggeris. Anak Melayu yang makan belacan dan cincaluk bercakap Inggeris dengan orang Arab. Alhamdulillah.
Mengenai usaha mewujudkan rangkaian penyebaran Islam, saya berharap Kerajaan Arab Saudi boleh memulakan langkah itu dengan menjemput semua pengarang kanan negara Islam untuk memberikan pandangan bagi menyegerakan program itu.
Thursday, November 26, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Assalamualaikum wr wb,
Tahniah Datuk, apa yang berlaku adalah nikmat Allah kepada Datuk dan rakyat Malaysia.
Saya tumpang merasakan penghormatan yang diberikan oleh pihak berkuasa di KSA.
Selamat Hari Raya Aidiladha.
Idris Ismail Talu
yang rindukan suasana di Mina.
http://idristalu.blogspot.com/
Sdr Idris,
Sebagai pegawai kerajaan, saya perlu bersedia sepanjang masa terutama jika ada pihak ingin mendapatkan pandangan kita berhubung sesuatu isu.
Bukan semua pelawaan boleh dilayan kerana adakalanya kita perlu berhati-hati kerana saya ada pengalaman mengenai tindakan 'menyunting perbualan' yang tidak menceritakan keadaan sebenar apa yang kita utarakan. Temuramah menerusi telefon. Amat menyakitkan.
Post a Comment