Friday, November 6, 2009

ORANG BAGUS ADA DI MANA-MANA

VIENTIANE, Laos : Ini hal makanan dan sikap. Malam tadi, saya dapat makan ikan. Bukan tidak pernah makan ikan tetapi 'makan ikan' malam tadi amat istimewa sekali. Bukan kerana sedapnya tetapi ada kaitan dengan sikap.

Kami beruntung kerana sikap seorang duta yang amat prihatin dengan sikap anak negaranya. Syabas kepada anak buah Datuk Aniffah Aman ini.

Jika sebelum ini, kami makan di sebuah hotel dimiliki oleh rakyat Malaysia iaitu Don Chan Palace, Laos tetapi malam tadi kami diraikan di sebuah hotel berlainan Lao Hotel.

Di Hotel Don Chan, isu makanan halal tidak timbul kerana keprihatinan pemilik dari Seremban ini yang menyediakan makanan halal. Tetapi di Lao Hotel, kami amat berhati-hati manalah tahu mereka tidak memahami perkara itu. Memang betul pun.

Mujurlah duta Malaysia di sini yang amat prihatin yang bukan saja mengingatkan apa yang halal dan sebaliknya tetapi berusaha untuk mendapatkan makanan halal sebagai penggantinya.

Oleh itu, dapatlah kami menikmati ikan sedangkan perwakilan Islam lain hanya melihat saja makanan yang berada di atas meja kerana 'tidak halal'.

Kesimpulannya, dengan sikap ambil berat iaitu mengambil tahu mengenai makanan, duta itu bukan saja 'menyelamatkan' rakyat senegaranya daripada makan yang tidak halal tetapi juga mendapatkan 'makanan gantian' untuk mereka.

Oleh itu, saya amat bersetuju dengan kenyataan PM baru-baru ini bahawa ramai petugas kerajaan yang bagus dan cemerlang. Mereka ada di pelbagai tempat termasuk di rantau orang.

Syabas tuan duta. Orangnya juga peramah dan suka tersenyum. Orang bagus inilah perlu diketengahkan. Semoga maju jaya dalam kerjaya tuan.

6 comments:

aimdaim said...

DIY,

Ketengahkan lah org2 yang ini. Mereka tidak harap balasan, demi tugas dan tanggung jawab mereka. Selalu mereka telan yang pahit kerana banyak org mencemuh dari meuji & selalunya org sepeti ini kena cantas........

Bukannya dah di beri gaji & sebagainya tetapi masih kata itu & ini, kerja depan mata tak siap2.

fikir-fikirlah

Unknown said...

salam DIY,
...orang yang tak bagus juga ada di mana-mana..

Anonymous said...

salam datuk,

malangnya orang bagus kat malaysia mudah kena cantas. banyak yg tak bagus ke depan. itu pasal banyak terhasil dan terlihat benda2 yg tak bagus, menyebabkan mood kita pun jadi tak bagus.... sudahnya benda yg bagus pun jadi tak bagus

Dah Bosan said...

Salam Datuk,

Betul tu... Ramai orang yang baik dan tahu buat kerja macam tu yang selalu kena cantas... Orang yang tidak buat kerja dan hanya tahu mengampu je yang selalu bergerak ke hadapan.. So apa yang berlaku pada akhirnya, penjawat awam yang sering kena tempiasnya disebabkan orang yang macam ni.. Boleh dikatakan di mana-mana Jabatan Kerajaan perkara ini berlaku.. Tak tahulah apa nak cakap.. Orang seperti ini sering mendapat pujian berbanding orang yang bermati-matian melaksanakan tugas untuk negara..

Anonymous said...

Oleh itu, dapatlah kami menikmati ikan sedangkan perwakilan Islam lain hanya melihat saja makanan yang berada di atas meja kerana 'tidak halal'.
=========================
Perwakilan M'sia pentingkan diri sendiri.Megah dan tidak prihatin terhadap ummat Islam yg lain.

Anonymous said...

Rabu, 28 Oktober 2009 15:40

Perkhidmatan sajian makanan di Perkampungan Sukan SEA Laos yang bakal dihuni atlit dari 11 buah negara Asia Tenggara awal Disember ini adalah diyakini bermutu tinggi dan mampu memenuhi kehendak kontinjen negara.


Perkara ini disahkan oleh Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan SEA Laos 2009, Dato’ Dr. Ramlan Abd. Aziz yang menghadiri Mesyuarat Ketua-ketua Kontinjen Negara di Vientiene, baru-baru ini.


“Saya amat berpuas hati dengan sajian yang telah dipersembahkan dan berharap kualiti sajian akan terus dikekalkan sepanjang temasya sukan tersebut berlangsung.


“Apa yang lebih penting, atlit beragama Islam tidak perlu bimbang dengan status halal makanan yang disajikan kerana pasukan negara akan mendapat khidmat tukang masak dari restoran India Islam di sana dan kita akan memastikan penggunaan pinggan mangkuk, sudu dan garpu adalah dijamin bersih,’’ katanya.


Menurut Dr. Ramlan, tukang masak tersebut mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dalam bidang sajian makanan malah tidak asing lagi di dalam penyediaan sajian selera Malaysia.


“Mereka juga tidak mempunyai halangan untuk memasak apa saja makanan yang dirasakan sesuai untuk kontinjen negara dan bersedia untuk bertukar pendapat dengan pegawai pemakanan dari Institut Sukan Negara yang akan memantau kualiti sajian makanan yang disediakan untuk atlit negara.’’


Pada majlis tersebut, para tetamu telah disajikan dengan masakan dari negara India seperti hidangan nasi beriyani, ayam masala, roti canai dan nan.


Mengulas lanjut, perkhidmatan sajian makanan untuk atlit boleh diperolehi di dewan makan baru yang mampu memuatkan seramai 1,200 orang atlit pada satu-satu masa.


Dewan berhawa dingin itu menawarkan beberapa stesen sajian seperti makanan halal, makanan tidak halal, makanan barat, salad, buah-buahan dan minuman.


Ujian penilaian sajian makanan tersebut dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Laos, Major Jeneral Asang Laoli di Perkampungan Sukan SEA, DangDok Campus, National University of Laos.


Turut hadir pada majlis tersebut ialah ketua-ketua kontinjen dan duta-duta negara peserta termasuk Duta Malaysia ke Laos, Zainal Abidin Ahmad dan Setiausaha Pertama, Shamsul Nizam Shamsuddin.

Nota;

Pandangan pertama: bolehkah kontinjen Malaysia makan, sedangkan perwkailan islam yg lain tengok saja.

Mana dia Islamic solidarity yg sering kita gembar-gemborkan.

Pandangan Kedua:

Tentu ada perancangan awal yang di atur bagi kontinjen dari negara Islam dan yg bukan Islam. Kecuali tuan rumah gagal memahami dunia global.