JEDDAH, Arab Saudi : Menjadi orang berilmu memang dituntut dalam agama. Oleh itu, carilah ilmu sehingga ke merata dunia bagi menambah ilmu pengetahuan. Rasulullah SAW pernah bersabda, "Carilah ilmu sehingga ke Negeri China." Begitu pentingnya ilmu untuk menjadi umat dan hamba yang soleh. Berilmu bertambah mutu.
Ketika memperkatakan mengenai ilmu, kita juga perlu beradab. Jangan ada ilmu tetapi tidak beradab atau bongkak. Kita mempunyai ilmu tetapi membawa diri sebagai seorang yang 'pandai semua' atau 'tahu segala-galanya'. Ini tidak baik dalam hubungan antara manusia dan alam.
Ada orang berilmu tetapi tidak mengikut resmi padi iaitu 'makin berisi, makin tunduk'. Jangan menongkah arus, 'makin berilmu, makin bongkak'. Minta dijauhkan perangai seperti ini.
Oleh itu, untuk menjadi seorang yang dihormati dan dimuliakan sepanjang masa, kita perlu beradab dalam menyampaikan ilmu.
Kita juga beradab walaupun dada dipenuhi ilmu. Bukannya memandang 'sebelah mata' orang yang tidak berpelajaran atau tiada ilmu pengetahuan. Sebarkan maklumat atau ilmu yang ada untuk kepentingan ummah.
Thursday, November 19, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Ilmu adalah lambang sesuatu ummah.. tanpa ilmu tiada bererti hidup ini. Ilmu juga terlalu luas dan bukan hanya segulung ijazah ianya meliputi pengalaman hidup, pemikiran dan aspek luaran yang lain. Semua manusia dikurniakan akal dan fikiran. Oleh itu gunakan dengan sewajarnya. Ilmu adalah pemberian Ilahi dan wajib dikongsikan. Seperti slogan MRSM Berdisplin, Berilmu & Beramal. Renugkanlah
Ilmu adalah buah kehidupan yang berputik dan masak ranum di pohon-pohon sejarah dan kenangan. Jika dipetik saat ia ranum, maka manislah rasanya ilmu yang dimamah dan dinikmati. Jika belum cukup masak, ilmu hanya sekadar kelat yang terasa di lidah dan kadang kala membuatkan mata kita jadi terbeliak.. Tapi ramai manusia di dunia ini, hanya sekadar membiarkan ilmu-ilmu itu terlalu masak di atas pohon sejarah dan kenangan, lalu jatuh berguguran sehingga busuk tidak dikutip. Tapi, adakah ilmu itu umpama buah yang akan busuk atau musnah..!!!! Ilmu sebenarnya akan tetap tersimpan di benak akal setiap umat Tuhan yang bernama "INSAN"...
Post a Comment