Wednesday, November 18, 2009

SENTIASA TERBAIK UNTUK RTM


Aina menerima hadiah kemenangan daripada Datin Seri Utama Masnah Rais (tengah) sambil diperhatikan oleh Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Ibrahim Yahaya dan Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan, Datuk Kamarudin Siaraf. (UTUSAN)
--------------------------------------------------------------------------------
SETELAH tiga bulan menimba ilmu kewartawanan penyiaran di Kolej Penyampai Ikon, akhirnya rezeki berpihak buat gadis tinggi lampai, Aina Suzaily M. Zailanny, 20.

Menewaskan lima pencabar pada Anugerah Penyampai Ikon 2009 yang berlangsung di Istana Budaya malam Sabtu lalu, pentas keramat itu menjadi saksi nama Aina dijulang sebagai juara.

Ditempat kedua dan ketiga masing-masing menjadi milik Siti Aisyhah Baslie, 24, dari Kuching, Sarawak dan Khairul Faizi Dalaiil, 23, dari Perak.

Tiga lagi peserta yang turut memberikan saingan ialah Beatrice Khrishnan, 23, Mohamed Shahril Sarapudin, 21, dan Hazel Desmond, 26.

Dengan kemenangan itu, Aina layak menerima hadiah berupa sebuah kereta Proton Saga BLM, wang tunai RM6,000, sijil penyertaan daripada Institut Akhbar Malaysia (IAM) dan sebuah trofi.

Enam peserta akhir Penyampai Ikon adalah antara 17 peserta rancangan itu yang disenarai pendek daripada lebih 6,000 peserta yang hadir di peringkat uji bakat.

Mereka turut menjalani pengajian di Kolej Penyampai Ikon dalam bidang kewartawanan siaran anjuran Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan sejak 12 Ogos lalu.

(Renungan Rimau : Mungkin tidak terlambat untuk mengucapkan tahniah kepada semua bakal 'anak buah' yang akan beraksi di pentas RTM. Ilmu yang diperolehi selama tiga bulan itu tidak memadai untuk menjadi penyampai berita yang baik. Namun, ia satu permulaan dan landasan kepada mereka untuk menjadi wartawan dan penyampai serba boleh. Dalam pertemuan dengan semua pelajar malam itu, saya menyebut tiada pemenang atau mereka yang kecundang. Mereka semuanya pemenang dan akan terus berjaya jika dapat memberikan khidmat yang terbaik ketika mula bertugas. Saya yakin mereka yang komited dan berjiwa besar saja yang akan mendapat tempat terbaik di RTM. Mereka inilah yang akan menjadi pemenang sebenar. Bagaimanapun, Aina telah memulakan langkah yang baik dan bekerja kuat untuk terus berada di hadapan.)

2 comments:

Anonymous said...

Dalam menyambut seruan 1Malaysia, RTM harus memulakan langkah kehadapan dgn mengambil pembaca berita melayu atau pengacara rancangan utk bahasa mandarin atau tamil.-JG-

kulupbana said...

Salam Datuk & Selamat menjalani ibadah di Mekah Mukkarammah.

Tahniah atas penerbitan 'Penyampai Ikon' kerana ianya secara langsung telah melahirkan beberapa muka baru bakal menjadi karyawan di persada RTM namun satu hakikat yang perlu direnungi ialah mana mungkin Akademi Penyampai Ikon disamakan dengan institusi pengajian tinggi yang menawarkan kursus/subjek Kewartawanan Siaran selama tiga hingga empat tahun.

Pengisian teori dan pengamalan kerjayanya sangat luas lagi dinamik di bawah bimbingan pakar kewartawanan siaran bertaraf sarjana dan 'hands on' dalam industri. Bab jenis berita, nilai berita, teori pengumpulan berita, piramid songsang, teori pengampangan, jenis lead, format teks dan sebagainya belum lagi teknik pengarahan visual dan temubual di lokasi atas prinsip bahawa wartawan penyiaran melaporkan untuk skrin TV semata-mata. 'Stand Up' dan bacaan berita hanyalah sebahagian kecil dari elemen persembahan berita TV.

Maaf Datuk kerana meleret panjang, bukannya apa, terkedu jugak bila Pengetua Akademi dengan selambanya mengungkapkan 'tempat keenam dimenangi oleh' - 'Aina menang kerana komited, gagah dan cekal'; manakala hos pula mengatakan 'hadiah barangan mewah berupa kereta Proton Saga'.

Lebih dasyat bila Misha Omar teruja sangat dengan kemenangan orang Kelantan dan beraksi bagaikan pengacara program hiburan. Alahai salah konsep gitu.

Wah, ada pula calon BJ yang membuat stand up betui-betui di tengan medan peperangan dengan peluru serta ledakan bom bersilih ganti. Peter Arnett pasti pengsan empat hari kalau dia tahu ada wartawan lebih berani daripadanya.

Datuk, saya amat menghargai waktu yang datuk telah luangkan untuk kami tempoh malam. Begitulah sewajarnya sebagai ketua jabatan dan insan terpilih yang diamanahkan Allah untuk berada di tempat yang penting itu.

Alhamdullilah jika doa saya akhirnya makbul. Sebagai sahabat, saya mendokongi sebarang usaha Datuk ke arah kebaikan.