JEDDAH, Arab Saudi : Teguh hampir menitiskan airmata ketika menceritahkan kisahnya kepada penulis. "Saya kaget Pak. Saya seorang yang boleh dianggap sebagai orang yang kurang ilmu agama. Tetapi saya dipilih Pak. Betapa besarnya Allah SWT kepada hambanya. Kan masih ramai lagi orang lain yang ilmu agamanya lebih tinggi dari saya."
"Inilah kuasa Allah SWT" jawab saya ringkas. Kisah Teguh ini adalah jutaan cerita yang boleh menginsafkan diri kita mengenai kebesaran Allah SWT.
Bagi Teguh, ia satu kejadian luarbiasa yang mana dirinya sendiri ditunjukkan oleh Allah SWT betapa sesuatu perbuatan yang ikhlas akan dibalas dengan kebaikan.
Kisah pemergian haji pada tahun ini bermula dengan perbuatan ikhlasnya untuk memberi sedekah atau korban. Inilah usaha korbannya yang pertama. Itupun tanpa upacara tetapi ikhlas untuk memberi sedekah seekor kambing kepada lebih 20 orang keluarga.
"Ada anak yatim di kalangan 20 keluarga itu. Allah amat menyukai orang yang memberi sedekah kepada anak yatim. Allah SWT memberikan COD (cash on delivery) kepada kamu."
Beliau terkejut apabila namanya disebut oleh ketua pengarang untuk dihantar menjadi tetamu Kementerian Kebudayaan dan Penerangan Arab Saudi tahun ini.
"Ramai lagi senior saya Pak tetapi mengapa saya yang dipilih. MasyaAllah. Betapa saya merasakan dihormati dan diberikan penghargaan." Allah maha berkuasa.
Ketika itu, Teguh sedar bahawa perbuatan ikhlasnya yang sedikit itu amat disukai Allah SWT. Ketika itu, airmata mengalir perlahan membasahi pipinya mengenangkan betapa Allah SWT amat menghargai perbuatan yang ikhlas walaupun sekecil zarah.
Kisah seperti Teguh ini bukan perkara baru. Ia perlu direnungi oleh kita untuk memastikan jiwa kita sentiasa besar untuk memberikan sedekah kepada golongan miskin terutama anak yatim tanpa meminta balas.
Wednesday, November 18, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment