Jika 11 diambilkira sebagai angka keramat untuk PM maka PRU 13 akan diadakan pada 2011. Jika diambilkira daripada hari ini, maka PRU akan diadakan dalam tempoh 17 bulan lagi.
Persoalannya adakah BN sudah bersedia menangkis serangan pembangkang? Ada serangan terlalu terdesak termasuk memainkan isu perkauman. Adakah pemimpin BN terutama MCA dan Gerakan sudah mantap dan bersedia 'menghunus pedang politik' mereka untuk menghadapi lawan? Jika tidak segeralah asah pedang politik mereka.
Tidak sukar untuk melihat sokongan rakyat kepada PM menerusi pendekatan mengutamakan rakyat termasuk kekuatan Gagasan 1Malaysia. Tidak ada tanda besar memaparkan rakyat menolak 1Malaysia melainkan golongan kecil yang dimomok-momokkan bahawa hak mereka akan diambil. Golongan ini buaakan tidak menyokong tetapi 'kebingungan' dan 'kecelaruan'.
Hakikatnya majoriti rakyat menyenangi gagasan 1Malaysia yang menekankan perpaduan negara, malah suka pada DS Najib. Tetapi adakah ini mencukupi untuk memenangkan BN dengan majoriti yang besar? Persoalan ini perlu dijawab segera terutama pemimpin besar komponen BN yang masih dilihat memperjuangkan nasib kaum mereka dengan kenyataan panas dan pedas yang adakalanya dilihat menyongsang arus 1M.
Mungkin tidak sukar difahami kerana mereka perlu dilihat sebagai pejuang kaum tetapi jangan keterlaluan sehingga kenyataan dan tindakan mereka dianggap pelik dan mengelirukan. Pemimpin Cina dalam MCA dan Gerakan perlu bekerja keras untuk memastikan pengundi Cina terus memberi sokongan kepada BN. Kerja kuat bukan hanya tahu berpolitik untuk kepentingan diri sendiri. Fikir mengenai kepentingan politik BN.
Jangan biarkan pengundi Cina kebingungan dan celaru.
Wednesday, July 28, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
mungkin ada yg sukar untuk menerima perubahan.. sebab itulah.........
DIY,
Saya sendiri keliru dgn tindak-tanduk org Cina ni. Apabila kerajaan dikatakan 'lemah' mereka nak tingalkan nak pergi ke tempat yg 'kuat' 7 bg sokongan yg hebat. Sana-sini mereka bercerita ttg kerajaan sekrg, itu tak betul & ini tak betul.
Kelilu lah saya....
fikir-fikirlah
Salam hormat DIY,
Angka mana tahun mana pun tak jadi hal. Yang jadi hal: kebanyakan orang Melayu masih tercari-cari Siapa PEMIMPIN mereka yang benar benar BERKALIBER !
Alternatif lain: PARTI APAKAH YANG AKAN MUNCUL MENGGANTIKAN parti BANYAK NYANYOK !!
Jangan anggap jika kali ini mereka (BN) menang, rakyat dah lupa peristiwa lama.
OH TIDAK !!.
Menang kali ini mungkin setengah setengah nya tidak ada pilihan lain. Malah setengahnya masih menyokong PR walaupun dengan hati berat.
BANYAK NYANYOK mestilah :
Jangan pilih menteri menteri nyanyok saperti MOHAMED NYANYO YAACOB, (walau pun bukan menteri tapi taraf menteri)
Menteri yang BENGAP sepeti AHMAD 'zubur' HAMIDI dan lain lain .
Big Mama sinkir ketepi, Jangan campur urusan NEGARA !! Urusan BAKTI boleh lah.
Jangan lantik menteri dari orang yang kalah PR lalu di lantik SENATOR.
Ketepikan pegawai2 yang ambilkesempatan 'SAMBIL MENYELAM MINUM AIR'.
Lepas itu pilihlah tarikh.
JEBAT - menunggu masa yang sesui
siapa akan di undi atau UNDI PROTES !!!
Salam DIY
Kalau tidak menyokong, tak..apa.. biarkan mereka..asalkan kita kaum majoriti memerintah negara.
Post a Comment