Namun, dengan penuh rendah diri, Najwa enggan masyarakat dan pencinta muzik tempatan khususnya memandang kepada kedudukannya sebagai anak kepada seorang yang cukup dikenali.
Sebaliknya, dia mengharapkan orang ramai menilai dirinya kerana bakat dan misi yang mahu dijayakan dalam bidang seni.
Jelas Najwa, bukan dia tidak berbangga dengan latar belakang keluarganya, tetapi biarlah dia bergerak atas nama sendiri dan mahu dikenali kerana bakat yang ada dalam diri.
"Saya tidak menafikan dalam tempoh ini, ramai yang sudah tahu siapakah saya sebenarnya. Bagi diri saya, tidak perlulah lagi saya menghebahkan dan mencanangkan kepada semua tentang status saya.
"Bagi mereka yang sudah tahu akan itu (status), cukuplah. Tetapi, saya lebih suka kalau orang tidak tahu siapa saya dan menerima saya sebagai Najwa, seorang penyanyi dan komposer.
"Bukan apa. Saya bimbang juga kalau kritikan dan komen yang saya terima itu tidak ikhlas kerana mereka memikirkan tentang latar belakang saya.
"Saya masuk dalam bidang seni ini dengan penuh kejujuran dan keikhlasan dalam memperjuangkan muzik serta bakat saya. Itu yang paling penting buat saya," pinta Najwa penuh diplomasi dalam satu perbualan usai sesi fotografi yang berlangsung di Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.
Berkali-kali Najwa mengucapkan syukur kerana minat dan cintanya terhadap muzik tidak pernah dihalang oleh kedua orang tuanya.
Sebaliknya, Najwa menerima sokongan penuh dan padu biarpun pada mula ibu bapanya sedikit risau apabila dia menyuarakan hasrat untuk melibatkan diri secara serius dalam dunia seni.
Tetapi, lama-kelamaan, kerisauan mereka itu mula terhakis sebaik sahaja melihat kejayaan demi kejayaan yang diraih oleh Najwa.
"Sebagai ibu bapa, mereka pastinya mahukan yang terbaik untuk anak-anak. Saya sendiri sudah melunaskan tanggungjawab dengan menyambung pengajian saya sehingga tamat seperti mana yang mereka mahukan.
"Jadi, mereka merestui minat saya yang mahu menjadi seorang penyanyi dan komposer berjaya. Malah, kami sering menghabiskan masa duduk berbincang dan memikirkan strategi serta pelan untuk mengukuhkan nama saya di dalam industri," kata lulusan ijazah Kejuruteraan Elektronik dari salah sebuah universiti di Melbourne, Australia.
Mengapakah Najwa tekad memilih bidang seni sebagai mata pencarian sedangkan dia juga tahu dan sedar ia bukanlah semudah yang disangka?
Ditambah pula dengan kedudukan dan latar belakang yang dimiliki Najwa, pastinya ia menjadi satu 'kelebihan' buat mereka yang mempunyai niat jahat untuk menjatuhkannya sekali gus mengheretnya ke lembah kontroversi.
Diam seketika sebelum memberikan buah fikirannya, Najwa yang petah dan bijak berkata-kata ini menjelaskan rasionalnya.
"Sudah menjadi tanggungjawab seorang anak untuk memelihara nama baik keluarganya tanpa mengira latar belakang mahupun kedudukan.
"Begitu juga dengan diri saya. Jika saya menjadi seorang artis atau tidak, sudah menjadi tanggungjawab saya untuk menjaga adab agar tidak memalukan ibu saya.
"Saya tidak fikir hanya kerana sudah menjadi artis, saya perlu menjadi lebih berhati-hati dan mengawal setiap pergerakan saya demi mengelakkan diri daripada menjadi sasaran.
"Terjunnya saya dalam bidang seni adalah kerana mahu mengubah senario industri kita selain merancakkan serta mempelbagaikan lagi genre muzik," ujar gadis berkulit putih gebu ini sambil tersenyum manis.
Sempat juga Najwa ditanya, pernahkah dia dilabel sebagai seorang yang sombong dan berlagak kerana dilahirkan dalam keluarga kenamaan?
Tidak menafikan perkara itu pernah terjadi. Tetapi jelas Najwa, semua salah tanggapan terhadap dirinya hanyalah kerana mereka tidak cuba untuk mengenali dirinya dengan lebih dekat.
Sedangkan dia tidak pernah mendongak langit sehingga melupakan rumput yang hijau di bumi.
Dalam masa yang sama, Najwa turut mempertahankan pendiriannya bahawa dia masih seperti dahulu biarpun namanya kini mula meniti bibir masyarakat.
Walaupun sudah menjadi orang popular, Najwa tidak menganggap itu sebagai tiket emas untuk mengubah dirinya menjadi seorang yang sombong dan hidung tinggi.
"Sejak kecil terutama ketika zaman persekolahan, saya tidak pernah meletakkan keistimewaan pada diri saya.
"Dengan sesiapa sahaja, saya senang berkawan dan sehingga ke hari ini, persahabatan saya terus kekal terjalin.
"Mereka yang berkawan dengan saya selalunya tidak mengetahui latar belakang saya. Tetapi, selepas beberapa lama berkawan, barulah mereka tahu siapa saya.
"Namun, ia langsung tidak merubah apa-apa dan mereka menerima diri saya seadanya tanpa sebarang kompromi. Begitu juga dengan diri saya.
"Apabila menjadi artis, itu juga yang saya harapkan agar masyarakat dapat menerima bakat saya sebaik mungkin. Berilah saya peluang untuk menonjolkan dan mengembangkan lagi bakat saya ini," pintanya penuh luhur. - UTUSAN.
(Renungan Rimau : Suka orang berbakat. Suka saja tau... Perrgggh)
9 comments:
Najwa ni memang dari sekolah lagi dah nyanyi..
Dan dia memang berbakat Lagi molek dari yang masuk realiti tv tuh.
So, kira ok la dia nak masuk bidang seni ni.
Salam DIY,
Saya kagum dengan perjuangan Najwa dalam bidang seni.
Saya meminati bidang seni sejak kecil lagi. Cuma barangkali dalam bidang seni yang sedikit berbeda.
Semuga Najwa menemoa KEJAYAAN dalam bidang nya.
who care..
Brahim, kalu kao syok kat minah tu, sampei nak goreng kat renjal, buat aje, tak payoh hang tulih panjang panjang. Paham take bruder.
DIY,
Saya kenal dia, Baikorangnya. Tidak kedekut senyuman seperti bapaknya. Harap RTM dapat bantu gadis kelahiran Johor ini, dengan mengadadkan persembahan khas. Ini win win situation.
2004 student.
YBhg. Datuk,
Agaknya, siapa pulak yang nak langgar keretanya kemudian terus 'menyambar' dia untuk dibuat isteri seterusnya menyambar semua yang ada di Malaysia nie?
saya dah tonton bakat nyanyian Najwa di Youtube dan tak dinafikan memang berbakat besar. cuma terlalu westernize, emmmm.... sorry, saya suka kan nyanyiannya cuma tak suka sangat pada penampilanmya... btw all the best!
anaknye muhyiddin yasir
argghhhh tak buleh terima hakikat.. dia anak pak muhiddin yasin..
*Belia benci UMNO..
Post a Comment