Wednesday, July 21, 2010

KALIMULLAH NAFI TERBABIT

KUALA LUMPUR 21 Julai - Wartawan yang menjadi ahli perniagaan, Datuk Kalimullah Hassan hari ini menegaskan bahawa beliau tidak pernah terbabit dalam apa jua cara dalam Malaysian Insider, sebuah berita portal.

"Saya juga bukan seorang pengarah Efficient E-Solutions di mana saya telah berhenti pada 21 Jun 2006. Saya tidak mendapat sebarang kontrak kerajaan sepanjang hidup saya dan bukan seorang pemegang saham dalam VPI International,” katanya sebagai respons berhubung dakwaan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), sebuah badan bukan kerajaan (NGO), semalam.

JMM telah mendakwa bahawa penaja Malaysian Insider telah menggunakan wang diperolehi daripada kontrak kerajaan untuk membuat firnah terhadap kerajaan.

Dakwaan JMM itu berdasarkan Effeicient E-Solution juga mempunyai kepentingan 20 peratus dalam VPI International yang telah mendapatkan kontrak perkhidmatan pengimejan dan pengimbasan pengumpulan data daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Kalimullah berkata, “Jika JMM mempunyai bukti atas salah laku itu, ia sepatutnya, sebagai sebuah NGO yang bertanggungjawab yang mendapat dana daripada rakyat Malaysia yang berkedudukan tinggi, mengemukakan bukti itu kepada pihak berkuasa, tanpa melengah-lengahkannya.”

Beliau juga berharap Bernama, sebagai sebuah agensi berita nasional, “di mana saya pernah menjadi pengerusi sebelum ini, akan bertindak secara profesional pada masa depan dan menentukan kesahihan dakwaan itu terlebih dahulu sebelum menerbitkannya.” - Bernama.

(Renungan Rimau : Ada ejen kenit memberitahu DT mereka nampak Kalimullah di sebuah restoran makanan laut Kota Kinabalu minggu lalu dengan beberapa rakan berbangsa Cina. Betul ke dia? Buat apa kat sana? Tentulah makan dan berniaga.)

4 comments:

Anonymous said...

DIY,
Saya tidak nampak satu kesalahan bagi Datuk Kalimullah berada di Sabah bersana-sama kawan-kawannya. Datuk Kali kini seorang ahli perniagaan, adalaah menjadi satu tugasnya berjumpa dengan dengan ahli-ahli perniagaan sama ada Melayu, India, Cina, Kadazan, Jawa, Iban dan apa jua bangsa dan agama yang dia suka. Dont get personal lah DIY. You tak suka Datuk Kali OK itu hak you tetapi cuba memburuk-buruknya secara terbuka is not good and satu dosa tau. For your info saya kenal you dan saya juga kenal Datuk Kali. Datuk Kali kaya kerana rezekinya dan DIY berada di RTM pun kerana rezeki you. Dan janganlah kedudukan you, you cuba "main wayang tamil" memburukan sikap datuk kali.

Kawan lama.

Anonymous said...

Betul le kata kali tadi " NGo ini dtaja oleh org penting. azwandin ditaja oleh DR M. dibayar SD15000 sbln oleh sykt anak Dr M yg berpejabat di Singapore. Syarikat Oil & Gas, Siasat !!

jebat said...

Rimau,

Nampaknya Fitnah dah makin menjadi jadi.

Tuduh orang itu, tuduh orang ini,tapi bukti tiada !!

Penyakit ini patut di hapuskan segera. Kalau tidak macam mana Melayu nak maju ??

Ingat !!
Hancurnya kerajaan Melaka sebahagian nya kerna fitnah. Apakah kita tak baca sejarah ??
Atau kita tak mengambil pengajaran daripada nya ??

Anonymous said...

Dato'

My comment..what Kalimullah claimed is the same as when people said that Elvis is still alive.