Monday, July 12, 2010

SEPANYOL JUARA PIALA DUNIA

JOHANNESBURG – Sepanyol muncul Juara Piala Dunia pertama di bumi Afrika apabila menewaskan Belanda 1-0 menerusi jaringan Andres Iniesta pada minit ke-166 masa tambahan.

Kedua-dua pasukan terikat 0-0 pada separuh masa pertama.

Tindakan pengadil England, Howard Webb melayangkan kad merah kepada pertahanan Belanda, John Heitinga pada minit ke-109 menjadi detik kejatuhan ‘The Flying Dutchman’.- UTUSAN.

(Renungan Rimau : Perlawanan yang menyaksikan 'kad kuning' ditaburkan kepada ramai pemain kedua-dua pasukan. Perlawanan yang memaparkan pemain Sepanyol dan Belanda terlalu berhati-hati untuk membuat serangan sehingga hanya satu gol dijaringkan. Apapun satu sejarah tercipta dengan Sepanyol kini tergolong dalam kumpulan elit - negara yang memenangi Piala Dunia. Syabas. )

3 comments:

Anonymous said...

bos, minit ke 116, bukan 166......


ismadi

ibrahim yahaya said...

Beb,

Itu story utusan la.

Nasionalis1982 said...

Ramalan Encik Paul The Octopus betul-betul mengena.

Bukan satu perlawanan, tapi dah lapan perlawanan diramalnya. Semua betul.

Persatuan Bookie Sedunia patut lantik Encik Paul sebagai penasihat (bukannya penasihat dengan elaun Rm1).