Sunday, July 11, 2010

SEPANYOL ATAU BELANDA?

Pagi ini, satu lagi sejarah akan terlakar dengan negara baru menjadi juara Piala Dunia. Sepanyol atau Belanda, jika menang akan tergolong dalam kumpulan elit yang pernah memenangi Piala Dunia seperti Brazil, England, Argentina, Itali dan Jerman.


Bagi DIY, kedua-dua negara mempunyai kelebihan tersendiri untuk memenangi perlawanan pagi ini. Mereka juga mempunyai penyudah David Villa dan Wesley Sneijder (gambar) yang amat digeruni. Kini mereka bertanding untuk menjadi pemilik kasut emas.

Belanda dan Sepanyol memaparkan pencapaian cemerlang dalam kejohanan terhebat ini termasuk menyingkir pasukan pilihan seperti Brazil, Argentina, Uruguay dan Jerman. Dari sejarah kedua-dua negara pernah bertemu lapan kali dan Belanda menang empat kali.

Jangan lupa menonton TV1 mulai jam 2 pagi ini. Bagi mereka yang tidur dulu, bangun dan sembahyang tahjud dulu sebelum menonton perlawanan akhir pada jam 2.30 pagi nanti.

Selamat menonton. Belanda mungkin menang dengan keputusan 3-2. Sotong Paul mesti marah punya? Sotong Malaysia bila pula nak buat ramalan? Sekarang orang lebih percaya sotong. Perrgggh.

1 comment:

bujai said...

bro,

den gaso la kan, den pilih belando ajo lah.

apsal? sobab dari kocik lagi kito tak kona sepanyol tapi lobeh kona belando - misal eh ayam belando dan durian belando.

ado gak peribahaso - macam belando dapek tanah.

belando 3, sepanyol 1

samo2 lah kito besongkang bijik mato