Tuesday, July 6, 2010

PILIHAN RAYA UMUM SEPTEMBER INI?

KUALA LUMPUR 5 Julai - MCA belum bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 jika ia diadakan pada September ini, kata Presidennya, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek.

Beliau berkata, MCA baru sahaja melalui krisis dalaman dan sedang melalui proses pemulihan, justeru parti itu tidak sempat untuk menyiapkan diri bagi menghadapi pilihan raya jika ia diadakan tahun ini.

Katanya, selain itu, MCA juga masih belum memikirkan mengenai calon-calon parti itu bagi menghadapi pilihan raya akan datang.

"Saya memerlukan masa sekurang-kurangnya enam bulan hingga setahun untuk menyatupadukan ahli-ahli bagi memastikan parti berupaya meneruskan perjuangannya," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Beliau mengulas khabar angin mengenai pilihan raya mungkin akan diadakan September ini.

Soi Lek hari ini genap 100 hari menyandang jawatan tertinggi dalam MCA selepas menang dalam pemilihan semula parti yang diadakan Mac lalu.

Bagaimanapun, Soi Lek percaya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak mungkin memilih untuk mengadakan pilihan raya pada masa tersebut.

Sementara itu, katanya, walaupun berhadapan cabaran besar untuk menyatupadukan ahli, namun keadaan MCA termasuk di cawangan-cawangan dilihat semakin stabil dan perpaduan antara ahli-ahli juga sudah semakin pulih.

Katanya, sehubungan itu, beliau akan terus meminta pemimpin-pemimpin parti itu agar memainkan peranan yang relevan untuk membantu memenuhi permintaan dan keperluan semua kaum di negara ini.

"MCA kini tidak boleh lagi hanya memberi tumpuan kepada masyarakat Cina tetapi perlu melakukannya untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum." katanya. - UTUSAN.

(Renungan Rimau : Siapa yang sudah bersedia angkat tangan? Baiklah, hanya MCA saja yang tidak bersedia maka kita adakan juga pada September ini. Oleh itu, MCA tidak mahu meletakkan calon ya? Mahu. Tetapi kata tidak bersedia, tapi kerusi mahu juga. Kesimpulannya, kita buat ke tidak? Atau kali ini, MCA tidak bertanding? Kerusi nak berikan kepada siapa? Gerakan? Takpe, takpe kita buat lain kalilah. Ok.)

3 comments:

SINGALAUTMETRO said...

tak jadi sptember. Confirm. Sebab BN masihtak kuat. nak buang orang lama-lama banyak cengkadaknya. Macam kata dulu, barang lama kena tukar baru. dari selatan sampai utara kena buang beb.

Nasionalis1982 said...

MCA bercakap seolah-olah mereka adalah parti yang baru ditubuhkan semalam.

Sungguh memalukan.

Anonymous said...

MCA?banyak tipu daya tu:)