Friday, July 23, 2010

JANGAN MENARI IKUT DIA

MIRI 22 Julai - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Kabinet memandang berat dan tidak boleh menerima tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang membuat kenyataan hingga menjatuhkan maruah pegawai Persekutuan.

Perdana Menteri berkata, dalam hal itu, sepatutnya seorang Ketua Menteri membuat teguran dengan berhemah dan dilakukan secara tertutup.

''Kalaupun ada teguran hendak dibuat, mestilah dengan cara berhemah dan tertib seperti dilakukan oleh kerajaan Persekutuan dan dibuat secara tertutup," kata beliau.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Pelancaran Program Sentuhan Harapan Petronas di stesen Petronas Desa Senadin di sini hari ini.

Turut hadir, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Datuk Shamsul Azhar Abbas.

Najib berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan 'memecat' Pegawai Kemajuan Negeri (SDO), Nik Ali Mat Yunus semalam oleh mesyuarat Exco Pulau Pinang yang dipengerusikan Guan Eng.

Laporan berita sebelum ini menyebut, ketegangan antara Guan Eng dan Nik Ali timbul apabila Ketua Menteri tersebut didakwa beberapa kali mengeluarkan kenyataan menyerang pegawai terbabit.

Antaranya, Guan Eng dikatakan mendakwa pegawai berkenaan sebagai 'tidak profesional, tidak kompeten, pengecut dan patut dipecat' berhubung isu curi pasir di Balik Pulau.

Perdana Menteri berkata, dalam hal itu, pegawai tersebut juga berhak membela diri sebelum tindakan atau teguran dikenakan terhadapnya.

''Cara ini perlu dihormati oleh kerajaan Pulau Pinang dan tidak membuat kenyataan terbuka secara melulu yang tidak mengikut etika," kata Perdana Menteri.

Pada sidang akhbar itu juga beliau melahirkan rasa terharu dengan sambutan hangat yang diberikan oleh masyarakat ketika mengadakan lawatan di Long Banga, dan Bekenu.

''Saya lihat masyarakat datang dengan ramai dan ada yang berjalan kaki dari semalam dan ada yang menaiki kenderaan selama 10 jam untuk bersama-sama pada majlis hari ini.

''Ini satu petanda yang baik bahawa masyarakat tempatan amat mengharapkan kepimpinan kerajaan yang sedia ada," jelas beliau. - UTUSAN.

(Renungan Rimau : Tidak sukar untuk memahami tindakan LGE itu. BN tidak perlu menjadi bomba untuk memadam api yang dimulakan oleh anak LKS. Beliau akan terus bakar dan membakar selagi beliau tahu ada pihak yang berminat untuk memadamkannya. Amat memahami perangai orang Melaka tu.)

4 comments:

Anak Melayu63 said...

Aslmkum bro...saya berpendapat apa yang berlaku di Pulau Pinang adalah satu peringatan dan pengajaran untuk pegawai-pegawai kerajaan.

Kata orang buku sudah bertemu dengan ruasnya, ada yang tidak kena dan ada yang kena.

Zaman BN perintah di negeri tu dulu terdapat para pegawai kerajaan yang begitu lantang dan 'kurang ajar' dengan pemimpin malah ada yang dikatakan secara terang-terangan 'berkempen' agar kakitangan awam 'jatuh'kan BN.

Kononnya kerajaan BN tidak Islamik dan tidak bantu Melayu.

Hah!!!...sekarang siapa yang nak bantu Melayu dan Islam, sekurang-kurangnya kita perlu ada kesedaran dan selidik siapa Nik Ali dan peranannya sebelum ini, saya tidak menuduh dia kerana saya tak kenal dia tapi ada orang sampaikan bahawa ada pegawai tinggi persekutuan yang memang 'gembira' sangat BN dah tak perintah negeri tu.

Sedih dengan gelagat bangsa sendiri...

Bagaimanapun Nik Ali perlu dibela dan dipertahankan tindakannya.

Kenyataan itu PM itu pun perlu dihalusi oleh semua pegawai kerajaan kerana akhirnya yang akan membela mereka adalah orang politik.

Bagi saya, pegawai kerajaan perlu taat setia pada pemerintah yang sediada, kalau kita taat dan setia pada kerajaan semasa maka kita akan selamat terutama untuk membela agama, bangsa dan tanahair.

Janganlah jadi pegawai atau kakitangan yang mencaci maki kerajaan tetapi cukup bulan makan gaji yang kerajaan yang dicaci maki tu...adalah lebih baik berhenti jadi pegawai atau kakitangan kerajaan kalau tidak sokong kerajaan sediada kerana ramai lagi anak Melayu yang sokong kerajaan nak duduk kerja tempat orang yang tak sokong kerajaan tu...

Baik sungguh PM kerana kalau nak tegur pegawai biarlah cara beretika dan tidak terbuka, kena hormat tetapi ingatlah pegawai kerajaan pun kena tahu hormat pada pemimpin yang berdepan dengan masalah rakyat.

Janganlah khianati pemimpin dengan mensabotaj usaha pemimpin yang hendak membantu rakyat kerana banyak masalah rakyat tidak dapat diselesaikan kerana sikap pegawai dan kakitangan kerajaan yang melambat dan melembabkan pelaksanaan sesuatu projek yang telah diluluskan.

Saya ingatkan ini kerana ada suatu cerita dimana seorang pegawai tinggi di Kementerian Kewangan dikunjungi seorang ahli yang berhormat kerana hendak tahu status projek yang dipohonnya, bayangkan pegawai tu suruh ahli yang berhormat tu berdiri dekat sejam dan percakapannya tidak ada hormat langsung sedang ahli yang berhormat tu adalah pemimpin dan dipilih oleh rakyat...

Tok Rimau, LGE tu dah tak diterima oleh orang Melaka sebab tu lari ke Penang...harap-harap orang Melayu Penang boleh sedar diri le...

Kannan said...

Good blog.

jebat said...

DIY,
Salam,

SI LUNCAI TERJUAN DENGAN LABU LABU NYA,

BIARKAN ... BIARKAN,

SI LGE DENGAN GELAGAT NYA,

TURNKAN ... TURUNKAN !!!

Anonymous said...

saya setuju dengan anakmelayu63 contohnya kalau tak salah saya hampir-hampir pru12 ketika saya menunggu penerbangan balik ke ppinang sebelah saya terdapat enam orang nampaknya mereka seperti pensyarah usm transit dari trengganu juga menunggu penerbangan ke ppinang.

sembang mereka wah bukan main lagi mengutuk paklah dan bn.

mereka ini sudah lupa kedudukan mereka diusm adalah hasil jasa bn memberi pelajaran dari tahun-1 hingga menjadi profesional dengan tajaan umno/bn.

cara tak langsung mereka juga telah membantu dap menganaktirikan melayu ppinang.

kheek puih..kacang lupa kulit.