Ketika makan tose pagi ini, teringat cerita pelanggan menemui kaki katak dalam makanan yang dinikmati di sebuah kopitiam. Akhbar Mingguan Malaysia juga ada cerita itu. Perhati juga tose itu jika ada benda asing. Alhamdulillah, tiada yang pelik hanya tose - tepung yang dimasak atas besi panas - sedap dicecah dengan kuah dal. Sedap juga dicecah dengan kuah kambing.
Hakikatnya, penemuan kaki katak dalam mi itu mungkin satu daripada 1001 macam benda yang 'dimasukkan' atau 'termasuk' dalam makanan yang kita makan selama ini. Mungkin katak melompat dalam kuali kot? Macam ulat yang melompat dalam 'caesar salad' di sebuah restoran di One Utama satu masa dulu. Macam macam perangai di negara ini.
Siapa yang kena tipu selama ini? Tentulah pengunjung yang begitu berminat lepak di kopitiam tanpa memikirkan sama ada halal atau haram. Mereka masuk kerana ada logo halal. Tidak kira logo halal itu buatan sendiri atau dibeli daripada 'penjual' tertentu. Atau tidak kisah ada logo tetapi oleh kerana ramai orang masuk, dia pun masuk juga.
Masih ingat DIY isu ayam KFC yang diheboh-hebohkan tidak sembelih satu ketika dulu. Ketika itu, perniagaan restoran KFC terjejas teruk sehingga memaksa mereka memberikan makanan percuma dan penjelasan demi penjelasan untuk membawa semula pelanggan. Akhirnya, kepercayaan diperolehi semula dan sehingga kini restoran itu penuh dengan anak dan ibu bapa.
Apakah peristiwa kaki katak dalam mi tidak akan menimbulkan satu keadaan di mana orang Islam tidak akan mengunjungi kopitiam lagi? Mereka bimbang jumpa kaki binatang lain. Mungkin kegelisahan itu akan terjadi atau sebaliknya. Ini bergantung kepada apakah orang Islam sentiasa mahu memastikan makanan itu halal atau haram. Atau belasah apa saja.
Dalam pada itu, pemilik kopitiam perlu memastikan makanan yang disediakan halal. Bukan tulis halal tetapi memang halal. Ada sijil halal daripada pihak berkuasa. Mereka perlu menghormati kepercayaan yang diberikan oleh pelanggan Islam. Jangan tipu tak baik. Jangan biarkan kopitiam itu kosong kerana ada peristiwa tidak menarik seperti penemuan kaki katak itu.
Tepuk dada tanyalah selera - pemilik dan pelanggan.
Sunday, July 25, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
Salam DIY,
Saya tegur sedkit cara pemberitaan "kaki katak dalam mee" yang tidak langsung menyebut ada atau tidak tanda halal di kedai itu.
Kalau ada tanda "halal' disana kenalah JAKIM siasat adakah tanda itu tulin atau palsu.
SATU PERKARA LAGI umat Islam sepatutnya teliti tentang HALAL / HARAM MAKANAN yang hendak dimakannya. Sendiri punya perut SENDIRI JAGA LAH !!!.
tapi bagi kebanyakkan kita umat Islam di Malysian tak ambil pusing tentang hal ini. Cuma yang difikirkan ialah ramai orang masuk ke kedai itu.
Suatu masa dulu waktu sama masih muda saya lihat orang Melayu masuk ke kedai Cina dan makan. Namapak berselara sekali. Bila saya teliti semula ada tanda "tatoo" dilehernya. Rupanya orang Iban.
Semenjak itu hingga hari ini saya berhati hati bila memilih kedai makan/minum.
Apa pulak lebihnya dah kedai mereka,maka sudah tentulah makanan mereka. Yang "lebih" tu orang Melayu yang mengunjongi dan makan disitu, menunjokan betapa lemahnya pendirian dek kerana tarikan yang mengambarkan status kononya merelakan diri dengan makanan-makanan yang tidak memenohi tuntutan agama.
Maka bertambahlah lagi Islam libral dan Melayu libral dari hari ke hari.
Usha melemahkan Iman Melayu Islam berjaya, disekeliling bolih kita lihat buktinya.
1sekolah >1bahasa >1Malaysia
Assalamualaikum Tuan,
Inilah padahnya orang kita jika makan main pakai bedal jea...asal nampak restoran ok n cantik jea....makan, walhal kebersihan dalam Islam itu bukan setakat luaran semata2, begotulah pentingnya kebersihan kpd agama kita!
Pada hemat saya, kebanyakkan kopitiam yg ada semuanya diragui kerana kita tahu orang2 cina yg tokeynya bukan ambil kisah tentang sensitiviti org Melayu-Islam. Tengok sahaja senario sekarang, ada Guan Eng ambil kisah, ada Nga/Ngor ambil kisah.....masyarakat Cina sekarang bukan masyarakat cina zaman 70-80 yg begitu sensitif akan bab ini.
Jadi, kita perlu lebih berati2. Lebih baik make tose sebagaimana kata tuan yealah setakat nak mengalas perut jea....
p/s: pernah jumpa kaki kambing dalam sup kambing!
tok, bro,
agak eh katak bobot.
yang merunsingkan kita, ada cakap2 mengatakan orang islam boleh makan katak... tapi bukan katak bobot, katak pisang atau katak puru.
tuuu... katak gunung yang dijual di pasar bukan islam dan pasar malam orang cina.
tak semonggah namo eh tu!
Salam Dato'
Mengikut siasatan pihak berkuasa seperti yang di lapor oleh Utusan Online pagi ini. Sijil hala yang diperolehi oleh di seluruh negara adalah di ragui kerana dikeluarkan oleh pihak swasta.
Isunya disini siapakah yang memberikan kebenaran pihak swasta yang mengeluarkan sijil halal tersebut dan seandaianya syarikat swasta itu adalah sebuah syarikat melayu/islam ini adalah sebenar-benar pengkhianat agama dan elok di hukum pancung atau tembak sahaja!
salam,
tosei tu sihat jugak la rendah lemak tapi yg Dato pi cicah kuah kambing tu pasai apa.saja peringat kat Dato umoq tuan dah byk mcm pak saya..kena jaga makan..nanti jadi mcm bos saya kena blood pressure + stroke..x jaga makan punya pasai la..jaga diri elok2 tuan sapa nak ganti tulis ide2 tiger nanti..he2.
Post a Comment