BERA 25 Julai – Denda lebih tinggi melebihi RM250,000 akan dikenakan terhadap pengusaha restoran dan kopitiam yang menipu penggunaan logo halal dalam menjalankan perniagaan mereka.
Perkara itu terkandung dalam pindaan Akta Perihal Dagangan 1972 yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat Oktober ini yang menyaksikan hukuman lebih berat dikenakan terhadap pengusaha terlibat.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pindaan itu membuktikan bahawa kerajaan begitu tegas terhadap mana-mana pengusaha yang melanggar peraturan berkaitan perkara itu.
Menurut beliau, hukuman sedia ada iaitu denda RM100,000 terhadap individu dan RM250,000 terhadap syarikat serta masing-masing tiga tahun penjara agak rendah dan mampu dibayar oleh mereka.
“Tindakan itu adalah wajar bagi memberi pengajaran kepada pengusaha kopitiam dan restoran supaya tidak menipu pengguna dengan mempamerkan logo halal tetapi makanan yang dijual adalah sebaliknya,” katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Koperasi Wanita Bera Berhad (Kowada) di sini hari ini.
Semalam, Ismail Sabri berkata, sebuah kopitiam terkenal di Kuala Lumpur yang diserbu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) kelmarin boleh didenda sehingga RM100,000 jika didapati bersalah melakukan penipuan berhubung penggunaan logo halal. Kopitiam yang mendapatkan sijil halal daripada syarikat swasta itu telah diserbu oleh Jakim selepas dipercayai mendapatkan bekalan daging ayam daripada sebuah syarikat penyembelihan bukan Islam.
Ismail Sabri menjelaskan, pindaan akta tersebut membolehkan denda yang dikenakan lebih tinggi berbanding sebelum ini dan tempoh hukuman penjara akan turut dinaikkan.
Dalam pada itu, beliau memberitahu, pindaan akta tersebut diluluskan dalam mesyuarat Kabinet baru-baru ini bagi mengelakkan masalah tersebut berulang pada masa depan.
Tegasnya, akta berkenaan bukan sahaja melibatkan pengusaha kopitiam dan restoran tetapi juga syarikat yang membawa produk makanan dengan menggunakan logo halal negara lain yang diperiksa kesahihannya oleh Jakim dan jabatan agama Islam di setiap negeri. “Isu makanan halal ini adalah sensitif dan sepatutnya pengusaha terbabit mengambil berat mengenai perkara ini,” katanya. - UTUSAN.
(Renungan Rimau : Kepercayaan yang diberikan oleh umat Islam perlulah dijagai dengan baik kerana apabila keyakinan dan kepercayaan itu hilang maka sesiapa saja yang menikmatinya sebelum ini akan menerima padah.)
Monday, July 26, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Salam DIY,
Akta Baru, baru sahaja hendak dibentangkan di Parlimen. Tentu nya menapat Sokongan PAS ?
Setau saya Agama Rasmi negara ini ialah ISLAM. Kemana perginya AGAMA rasmi itu ? Simpan dalam buku perlembagaan ?
Kenapa tidak dibuat satu undang-undang sesiapa saja yang melanggar hukum itu kesalahan nya ialah "mempersendakan Islam" dan hukuman setimpal dikenakan.
Hukumannya sebat atau penjara atau kedua-dua nya (termasuk yang emnipu sijil "HALAL" dan sebagai nya)
Apakah ini tidak dapat dilakukan?
Kalau tidak saya fikir kemukakan sahaja pindaan tentang agama rasmi daripada "ISLAM" kepda "LIBERAL" tentu akan dapat sokongan (sekurang-kurang nya dari YB Karpal Singh) kemudian tukar nama menteri menteri yang berkenaan - Yaakob kepada Yaacob, Harun kepada Aaron, Isa kepada Jessus dan seterus nya.
Kami rakayt marhaen memakin mual dipermainkan oleh ahli politik Bangsa Nyanyok ini.
YA ALLAH, LINDUNGILAH KAMI DARI MEREKA MEREKA YANG MUNAFIQ ...
AMIN !!
kENAPA KERAJAAN TAKBERANI NAK WAR-WAR KAN SYARIKAT APA YANG TERBABIT MELANGGAR UNDANG-UNDANG TERSEBUT??
MASUK KAN JE SEMUA JAHANAM TU DALAM TV..
Saudari Zaharah,
Bukan Tak Berani, Tapi menteri yang berkenaan ADA KEPENTINGAN kot ?
Klau tak de ape ape tak kan TEMPUA BERSARANG RENDAH !!!
Cuba tanya Pak Menteri sendiri, Kalau berani dan kalau dia mahu jawab !!
Post a Comment