Monday, July 5, 2010

DUA MENTERI LETAK JAWATAN

PARIS 5 Julai - Dua menteri kanan Perancis yang sebelum ini dikritik kerana menggunakan beribu euro duit rakyat untuk menyewa jet peribadi dan membeli cerut meletak jawatan hari ini.

Menteri Pembangunan, Alain Joyandet dan menteri yang bertanggungjawab terhadap pembangunan di wilayah Paris, Christian Blanc telah menghantar surat perletakan jawatan mereka, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat Presiden, Nicolas Sarkozy.

Mac lalu, Joyandet dikritik kerana membelanjakan wang sebanyak AS$157,000 (RM506,325) untuk menyewa sebuah jet peribadi bagi membawanya ke satu mesyuarat tergempar tentang gempa bumi Haiti di Martinique.

Sementara itu, Blanc pula dikritik kerana membelanjakan wang rakyat sebanyak AS$14,700 (RM47,407) hanya untuk membeli cerut. - AFP.

(Renungan Rimau : Beli cigar pakai duit sendiri sejak dari Berita Harian lagi. Itu sebabnya duit banyak terbakar. Pernah ikut lawatan PM ke Cuba dan beli cigar RM25 sebatang di sana (dah sampai, beli la) tetapi orang lain beli AS$250 sebatang. Pergggh mahalnya. Itu betul-betul bakar duit. Ada juga kenkawan yang dapat hadiah cigar memanjangkan hadiah kepada DIY. Terus berkongsi bersama dengan kenkawan lain yang mahu menumpang. Sekarang ini, kurang hisap cigar. Sekali sekala saja. Kalau lepak kat Restoran Syed, boleh beli kat Mydin. Curut pun ok. Asap yang dihembus berkepol-kepol juga. )

No comments: