Sunday, July 11, 2010

GAMBAR IMBAU 1001 KENANGAN (2)


Semua orang sudah bersedia untuk makan kek. Majlis seperti ini memang biasa diadakan di Berita Harian terutama bagi meraikan individu yang menyambut hari lahir. Kebetulan hari itu disambut oleh Saodah Ismail yang ketika itu di Meja Hiburan. Majlis seperti ini diadakan bagi merapatkan hubungan dan silaturahim di antara petugas. Yang seronok jika dapat banyak hadiah termasuk wang. Boleh belanja beli baju atau perkara lain. Gaji pokok ketika itu ialah RM750. Pergggghhh.

4 comments:

jebat said...

Salam DTY,

Dah kehabisan modal ke ?
Kalu nak pos gambar sebelu perang dunia II pon carilah gambar yang lebeh glamour sikit..
Gmabar Lt. Adnan ke... Gambar Cpt. Yazid ke ...atau gambar Cpt. Hussin (bukan Husin Lempoyang)...

Salam Perjuangan

ibrahim yahaya said...

Salam Jebat,

Saya tidak pernah kehabisan modal. Cuma mungkin kekurangan masa. Bagaimanapun, gambar yang dipaparkan itu sekadar untuk mengingatkan kita mengenai pentingnya melihat sejarah demi memahami kedudukan kita sebelum ini. Kita harus sedar bahawa jika kita lupa sejarah, adakala kita akan menjadi bongkak dan hilang akal.

jebat said...

Salam DTY,

Terima kasih atas penjelasan saudara !!

Sebenarnya saya ingin melihat gambar gambar sejarah yang lebih bermakna yang berkaitan dengan perjuangan bangsa kita.

Dalam konteks ini saya menyeru semua yang berkeupayaan menampilkan gambar gambar yang mengembalikan SEMANGAT PERJUANGAN kita.

Bagaimana puan TERIMA KASIH atas usaha DTY itu.

Salam perjuangan.

Anonymous said...

Salam Datuk,

Kata orang, sekeping gambar memaparkan seribu cerita.... jadi kalau gambar lama... sudah tentu mampu menceritakan lebih banyak kisah di dalamnya..... Usaha ini sudah tentulah boleh dicontohi oleh Blogger lain, di mana mereka juga boleh menceritakan sedikit pengalaman mereka pada masa lalu untuk tatapan atau menjadi contoh teladan kepada golongan muda masa kini.

Sekian.

JONLABUYABEDABEDU