Saya amat mengalu-alukan kenyataan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan, semalam mengenai hasrat kerajaan untuk mengambil yang terbaik, tanpa mengira gender atau latarbelakang, dalam usaha meningkatkan prestasi sektor awam. Ini adalah usaha terbaik yang perlu disegerakan bagi membendung dan memperbaiki pelbagai kelemahan yang masih ada dalam sektor awam daripada terus berlaku dan menjadi budaya sepanjang masa seperti malas, tidak kreatif dan aktif, sentiasa mengikut buku dan waktu, suka melepak di kantin dan curi tulang. Bukan semua, tetapi masih ada.
Dalam pada itu, kerajaan juga perlu memberi gaji dan kemudahan yang terbaik kepada pegawai kerajaan bagi menggalakkan lebih ramai cerdik pandai untuk menyertai sektor awam atau mengalakkan mereka terus "kekal" dalam kerajaan terutama yang masih muda dan mampu memberi sumbangan cemerlang.
Secara perbandingan, pegawai yang bergred S54 akan dibayar gaji dan elaun antara RM6,000 hingga RM8,000 dan mereka ini biasanya berumur antara 40 hingga 50 tahun. Bayangkanlah di sektor swasta di mana ada pegawai yang hanya berumur antara 25 hingga 32 tahun sudah mendapat RM10,000 dengan jawatan sebagai pengurus besar. Apatah lagi mereka memegang pengurus besar kanan yang boleh mendapat habuan daripada RM20,000 hingga RM25,000.
Satu tangga selepas S54 ialah JUSA C. Bagi Ketua Pengarah di gred JUSA C atau JUSA B pula mereka mendapat antara RM 10,000 hingga RM15,000 sedangkan dalam sektor swasta, CFO, COO, CEO atau MD boleh mendapat di antara RM25,000 hingga RM50,000. Pegawai JUSA C diberikan kereta tanpa pemandu manakala JUSA B ke atas diberikan kereta dan pemandu. Di sektor swasta, di peringkat pengurus besar sudah disediakan pemandu apatah lagi di peringkat CFO, COO, CEO atau MD. Bayangkan betapa besarnya jurang gaji dan kemudahan lain yang diperolehi oleh pegawai sektor swasta dan sektor awam. Maka itu, hendak kerja kerajaan atau swasta?
Thursday, January 17, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
baru baru ini sya terlihat seseorang mirip datuk(mungkin juga) berlakun sebagai guru dalam movie ncinta fotokopi... dalam credit pun rasanya macam ada tercatat nama ibrahim yahya.
datuk memang hebat!
Sdr Ahm,
Sayalah lelaki dalam movie itu.
Lama sudah tidak mendengar cerita daripada Sdr dan rakan lain. Saya berharap semuanya baik terutama perniagaan minyak global itu.
Bagaimana keluarga? Saya berdoa agar saudara dan keluarga berada dalam keadaan yang terbaik dan sentiasa dipelihara serta dilindungi tuhan. Jaga diri.
Saya dah merasa kerja ngan kerajaan, swasta dan ngo.Tapi pilihan saya..bagus lagi bekerja sendiri...bebas..tapi tak semudah apa yang dicakapkan..betul tak dato
Sdr Ajayne,
Bekerja sendiri memang bagus tetapi memerlukan disiplin dan komitmen yang tinggi seperti juga bekerja dengan orang lain. Jika tiada disiplin kerana kita bebas, ada kemungkinan "tiada yang masuk" tetapi "banyak yang keluar".
Satu lagi, kerja sendiri, terutamanya di peringkat awal, perlu mempunyai modal secukupnya dan sentiasa mengawal nafsu kerana adakalanya "payment" lambat, tiada projek atau sesuatu "mala petaka" atau risiko yang tidak diduga berlaku. Jangan sampai poket kosong dan menderita.
Bekerja dengan orang atau kerajaan, setiap bulan pasti dapat gaji. Tetapi ia tetap setiap bulan dan adakalanya bertahun-tahun lamanya. Ada kenaikan tetapi terlampau kecil berbanding kenaikan harga lain termasuk barang keperluan harian.
Datuk,
Betui gaji berganda kalau bekerja di syarikat swasta. Tapi untung juga kerja gomen kalau kena 'lubuknya'. Ada kengkawan pegawai jabatan yang gajinya tak sampai 3 ribu tapi berkereta mewah dan saban kali melancong satu famili ke luar negara, rupanya di Bahagian Pembekalan. Ada jiran pegawai kanan yang gajinya lebih sikit 3 ribu tetapi rumah teres kos mewah dua tiga buah.Anak-anak ke kolej swasta, rupanya di Bahagian Penguatkuasaan.
Secebis contoh yang mewarnai keindahan Malaysia, negara ku permai.
Sdr KB,
Sejak bekerja, saya menjalani kehidupan sebagai insan biasa yang mementingkan prinsip hidup dan harga diri.
Saya bekerja kuat dan memberikan komitmen tinggi. Hasil itulah saya gunakan untuk menyara kehidupan keluarga. Itupun adakalanya tidak mencukupi. Saya tidak mengambil hak orang lain tetapi saya akan berhutang dengan bank, kad kredit dan rakan-rakan untuk membeli rumah, kereta atau demi kelangsungan hidup. Biar berhutang daripada mencuri atau merompak hak orang. Hutang tetap dibayar, walaupun mengambil masa panjang.
Banyak peluang untuk menjadi kaya tetapi saya menolaknya atas nama prinsip dan harga diri. Tanah dan pink form tersedia, tetapi demi prinsip saya mengetepinya. Anggapan ramai ialah bodoh, anggapan saya, ia bermaruah.
Saya berniaga menjual buah fikiran dan pengantara perniagaan. Ramai yang merasakan saya tidak dilayak dibayar dan ada yang hairan dengan kadar bayaran. Bagi mereka, perkhidmatan cemerlang tetapi bayaran tidak perlu terbaik.
Pasrah, pada Tuhanlah, saya berserah.
Mengapa dibawa cerita ini? Sekadar untuk menjelaskan dalam hidup ini yang penting ialah prinsip, maruah serta harga diri. Kita mempunyai fikiran untuk memikirkan apa yang terbaik untuk hidup kita. Jika wang segala-galanya dan perlu disembah serta dipuja, tepuk dada tanya selera. Bagi saya, tidak kaya dan adakalanya perlu mengikat perut tetapi yang penting - bermaruah dan bahagia.
Jangan makan rasuah, jangan merompak hak orang lain. Jangan menindas orang miskin, sentiasa membantu mereka yang memerlukan. Duit kita tidak boleh dibawa ke kubur. Mati kita, matilah segalanya. Tolonglah orang lain.
Ybhg Datuk..
Saya merasakan sektor kerajaan perlu mengkaji semula skima pengambilan kakitangannya ketika ini.
Ini kerana kebanyakkan jabatan kerajaan ketika ini mengamalkan pengambilan kakitangan menerusi kaedah gaji asas, atau gaji terendah dalam skim itu, contohnya, individu yang memohon untuk jawatan 41, bagi kebanyakkan jabatan, akan diletakkan di bawah skim terendah untuk kumpulan itu, tanpa mengira kebolehannya, pengalamannya, waima kalayakan akademiknya, walaupun kakitangan itu sebenarnya, berkelayakan untuk 'menduduki' kerusi bosnya iaitu pengarah jabatan itu sendiri.
Juateru, sektor kerajaan kini semakin dijauhi golongan profesional yang tidak mahu kebolehan dan kelayakan gaji mereka dinafikan.
Justru, bagi memastikan sektor kerajaan lebih berdaya saing, saya berpendapat, ada lebih baiknya jika kerajaan mengkaji semula skim gaji, kenaikkan pangkat, perjawatan, supaya ia lebih setaraf an tidak dipersendakan sektor swasta yang beranggapan, bekerja sebagai kakitangan kerajaan adalah seperti Rehat Tunngu Mati, ataupun bagi mereka yang tidak mahu sebarang peningkatan kerjaya dalam hidupnya.
Jabatan kerajaan juga, perlu mengkaji skim kontrak kepada kakitangannya, supaya ia lebih mencerminkan kebertanggungjawaban kerajaan dalam hak asasi manusia.
Janganlah jadi seperti satu jabatan kerajaan itu yang membuli kakitangan kontraknya, dengan melambat-lambatkan pembayaran, memotong gaji tanpa prosedur, melayan kakitangan kontrak itu seperti hamba abdi, tanpa sebarang faedah pekerja, sehingga melanggar undang-undang pekerja di negara ini. Sepatutnya, jabatan kerajaan adalah penegak undang-undang negara, bukan menjadi salah satu badan mempersenda undang-undang negara yang jelas termaktub.
Dengan itu, jabatan terbabit akan kehilangan kakitangan berwibawa dan lebih cekap, berbanding pengarah bahagian di jabatan itu sendiri.... jadi kesudahannya bagaimana? kerajaan sendiri yang akan kerugian modal insannya sendiri.
Mungkin ini permainan yang percaturkan pihak tertinggi atau pertengahan jabatan itu, dalam memastikan kedudukan mereka tidak goyah. Siapa tahu, mungkin pak menteri sudah mengarahkan perubahan dibuat di kementerian dan jabatan itu, tetapi ia tidak mahu dilaksanakan demi menjaga nasib mereka yang sudah berpuluh tahun selesa dengan "datang kerja tapi tidak buat kerja" itu.....
Hanya mereka dan keluarga mereka yang tahu...
Jon Labu Yabedabedu
salam Tuan... saya tgh googling jawatan 'jusa' and somehow i came accross your blog and it caught my attention..
perbezaan gaji penjawat awam dgn swasta.. kenapa ada perbezaan yg ketara atau jauh?? jawapannya adalah mudah.. bagi kakitangan awam berpangkat jusa seperti ketua pengarah ia similar kepada GM/Pengurus Besar/VP/naib presiden bagi swasta.. tapi KPI di antara kedua-dua adalah jauh berbeza. Swasta meletakkan KPI bagi GM/VPnya dollar dan sen manakala Ketua Pengarah KPInya sasaran index operasi ataupun perkhidmatan. Tidak dinafikan, kedua-dua boleh melakukan tugas dengan cemerlang. Tapi bagi swasta, tawaran gaji yg tinggi adalah kerana dollar dan sen iaitu keuntungan yg boleh dicapai (ada sesetengah GM sesebuah wilayah mempunyai KPI untuk menjana revenue sebanyak RM1 billion). Kegagalan mencapai KPI dollar dan sen, GM tersebut akan di pecat.
Post a Comment