Sunday, January 6, 2008

JANGAN JADI ORANG MINYAK

Jika dulu kurang gula, kini minyak masak pula.

Kekurangan bekalan minyak masak menyusahkan rakyat terutama peniaga yang menggunakannya setiap hari. Amat menyedihkan ialah peniaga yang bergantung hidup kepada perniagaan seperti penjual goreng pisang, penjual vadei atau penjual char kuay. Tiada minyak masak, tiadalah pendapatan. Tiada pendapatan, mana hendak mencari duit untuk menyara keluarga. Apa ni?

Dalam laporan Malaysiakini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, jika rakyat negara ini tidak bertindak "panic buying" dan tiada kegiatan menyorok, maka bekalan minyak masak akan mencukupi.

Siapa punya kerja menyorok minyak masak ni? Tolonglah jangan berbuat demikian kerana ia menyusahkan orang lain. Mungkin kegiatan menyorok itu boleh mendatangkan "keuntungan" sedikit kepada mereka tetapi ingatlah juga rakyat yang menderita akibat tindakan mereka itu. Carilah keuntungan cara lain dan berhentikan tabiat suka menyorok bekalan harian ini.

Pihak berkuasa tolonglah bertindak segera untuk mengurangkan penderitaan peniaga yang bergantung hidup kepada minyak masak ini. Jangan biarkan rakyat terus susah dan menderita. Kesihan tengok wajah-wajah mangsa ini di kaca televisyen setiap malam yang mengeluh tiadanya bekalan minyak masak ini.

Jika dapat tangkap golongan yang menyorok ini, ambil sedikit minyak dan lumurkan ke seluruh badan mereka dan kemudian bawa mereka keliling kampung atau bandar. Pakaikan pelekat, "orang minyak yang suka menyorok minyak." Mereka ini memang jahat dan perlu dihukum agar tidak melakukannya lagi. Ada idea lain yang bernas untuk menghukum orang macam ini?

4 comments:

Samuel Goh Kim Eng said...

Not to be too dependent on cooking oil
We can try oven baking with the foil
Some may prefer to steam the food or boil
Lucky ones just leave the food to chefs to toil

(C) Samuel Goh Kim Eng - 060108
http://MotivationInMotion.blogspot.com
Sun. 6th Jan. 2008.

rn said...

Dato`

Memang bekalan minyak masak menghadapi masalah. Tapi yang menjadikannya lebih bermasalah adalah sikap pengguna sendiri yang tiba-tiba seperti bukan sahaja menggunakan minyak masak untuk memasak bahkan untuk mandi juga agaknya. Apa 5kg sebulan tak cukup ke untuk memasak?. Kalau peniaga yang panik ada logiknya. Tapi apabila jiran sebelah rumah saya yang ada 2 anak pun simpan minyak macam nak buka mini market..di mana logiknya. Itulah sebabnya masalah setitis menjadi selautan.

ibrahim yahaya said...

Sdr Sam,

Cari belian jauh di ceruk
Buat pasak rumah perkasa
Jangan panik banteras sorok
Minyak masak cukup sentiasa

ibrahim yahaya said...

Sdr RN,

Jangan panik banteras sorok
Minyak masak cukup sentiasa
Jangan kita bersikap buruk
Untung banyak fakir terseksa

Jangan kita bersikap buruk
Untung banyak fakir terseksa
Balasan dicipta lebih teruk
Terima bala maha perkasa