Sunday, January 27, 2008

KESULITAN TETAMU PERLU ADA GANJARAN

Dalam sebuah akhbar hari ini, Chef Wan meluahkan perasaan tidak puas hati dengan sebuah stesen swasta yang tidak mahu membayar saguhati kepada tetamu rancangan televisyennya. Dalam ertikata lain, "hendak percuma saja setiap masa" apabila menjemput tetamu. Selebriti Chef itu meluahkan perasaannya dalam Mingguan Malaysia.

Luahan itu, jika mengambilkira dengan masa yang "dikorbankan" oleh tetamu, perlu diberi perhatian oleh stesen televisyen berkenaan. Sebagai contoh, jika program itu akan dirakamkan pada jam 9 pagi, tetamu perlu datang setidak-tidaknya satu jam lebih awal iaitu jam 8 pagi. Tetamu itu pula perlu bangun pagi dua jam untuk bersiap sedia ke stesen berkenaan jika jarak rumah mereka jauh. Bayangkan jam 6 pagi dan lebih "mencabar" ialah pada pagi Sabtu atau Ahad. Jika "kesulitan" ini tidak diberi "ganjaran" sudah tentu sesiapapun akan "naik angin". Melainkan orang yang suka sangat keluar TV atau gila publisiti.

Untuk itu, saya memuji RTM kerana setiap kali menjemput saya dalam rancangan bualbicara atau menjadi ahli panel programnya akan diberi "saguhati" melainkan jika urusan keluar TV itu atas permintaan tetamu itu sendiri.

3 comments:

Anonymous said...

salam datuk,

memang saya setuju.malah di hotel tpt lama saya bekeja pun saya ada pengalaman sebegini. Ada pihak penerbit di stesen tv 'kaya" ini baik dengan pengurus hotel berkenaan. maka dimintalah tajaan makanan dan tempat tinggal artis utk salah satu program terbitannya. pada musim pertama bolehlah. masuk musim kedua nak lagi, percuma jugak..bos saya kata tak boleh jadi...tapi di approvednya jugak demi menjaga persahabatan. yang tak sedapnya...program2 lain di bawah penerbit yang lain pun alih2 nak minta tajaan yang sama jugak...hotel hanya dapat kredit mention .je...tu jelah modal depa ni...nak tajaan bukan sikit pulak tu...lebih 100 pax - petang dan malam pulak tu...nak percuma jugak...tapi bila kita mintak depa cover kita punya event...haram nak datang..alasan ...mmmm..maleh nak cakap..skema je lebih..susah kalau ada mentaliti nak percuma ni..tapi saya tabik tengku maria..beliau ada memberitahu saya..program jjcm tu..dia cari sendiri..walaupun percuma jugak tapi penerbitnya buat story pasal penaja..macam tu lah ..win-win situation...wallahualam

ibrahim yahaya said...

Sdr Anon,

Setiap pihak perlu saling bantu-membantu demi untuk kepentingan bersama. Jika sudah diberikan tempat dan makanan percuma, jangan lupa pula untuk memberikan publisiti kepada rakan kita. Barulah rakan akan tersenyum lebar. Lain kali boleh bagi lagi.

Zainal A. Kasim said...

Salam,

Saya setuju dengan pandangan Chef Wan itu. Perkara ini sudah lama berlaku. Ironinya apabila kita hendak menggunakan khidmat stesen swasta itu kita kena bayar. Bukan senang untuk kita mempromosikan aktiviti kita di stesen swasta kalau tidak ada fulus.

Sehubungan dengan ini eloklah sekiranya stesen swasta itu pun membayar apabila menggunakan khidmat orang lain khususnya celebriti. Kita perlulah saling bantu-membantu. Baru betul.