Sunday, January 20, 2008

PKR PARTI BERCELARU?

Ramai yang mengetahui bahawa PAS dan DAP tidak boleh bekerjasama. Satu parti hendak menegakkan negara Islam manakala satu parti lagi akan menentangnya. Malah seorang pemimpin kanan DAP, Karpal Singh pernah menyuarakan rasa tidak bersetujunya dengan tindakan PAS itu untuk menubuhkan negara Islam dengan menyatakan perlu "melangkah mayatnya dahulu". Garang bunyinya tu. Tunggulah....kena tunggu sebelum melangkah...

Oleh itu, tidak hairanlah jika ada usaha untuk menunjukkan pakatan itu, pengundi Cina akan menolak DAP seperti yang berlaku dalam Pilihan Raya Umum sebelum ini apabila PAS menang besar di Kelantan, DAP tersungkur di Pulau Pinang.

Ramai pula tidak mengetahui bahawa dalam usaha pemimpin PKR untuk menunjukkan keakraban mereka dengan PAS, semacam ada "badai yang bergelora" yang berlaku di belakang tabir. Ini menyebabkan hubungan sebenar kedua-dua parti itu ibarat retak menanti belah. Nampak macam baik tetapi sebenarnya tidak. Pemimpin kedua-dua parti dikatakan "saling mengata" antara satu sama lain. Yang terbaru ialah daripada Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat. Cakap yang benar Tok. Semua orang hendak tahu di belakang tabir tu.

Ikuti tulisan Hanafiah Man mengenai kenyataan Datuk Nik Aziz Nik Mat dalam [ Agenda Daily ].

2 comments:

Anonymous said...

Apalah kau Dunia Tiger, cerita Hanapiah Man dalam Agenda Daily tu pun engkau nak pick-up. Tak ada kelas langsung lah. Penulis itu kata hubungan PKR-PAS dilanda taufan yang dahsyat. Apa dahh...itu angin sepoi-sepoi bahasa je. Yang jadi taufan si penulis tu lah kut. Banyak isu lebih besar kat sebelah yang dia sokong tu. Suruh dia jumpa dia tanya orang ramai. Dari 10 orang yang dia jumpa, gua gerenti 8 akan hentam.

ibrahim yahaya said...

Sdr Anon,

Sdr Hanapiah melaporkan apa yang Datuk Menteri Besar luahkan. Saya memanjangkannya bagi membolehkan orang ramai mengetahui apa sebenarnya berlaku dalam hubungan PKR dan Pas. Di permukaannya nampak OK tetapi sebenarnya ada masalah.

Ini bukan soal kelas tetapi mengetengahkan berita terbaru.