Lee Chong Wei memenangi Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2008 mengalahkan pemain Korea Selatan, Lee Hyun Ii dalam tiga permainan sebentar tadi. Permainan berlangsung satu jam satu minit. Beliau meraih hadiah AS$15,000.
Ini kemenangan keempat Chong Wei, anak kelahiran Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Beliau memenangi kejohanan super series ini pada 2004, 2005 dan 2006.
Ia disiarkan secara langsung oleh RTM 1. Turut hadir ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Azalina Othman Said.
Tahniah Chong Wei dan jurulatihnya, Misbun Sidek.
Sunday, January 20, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
DATUK,
Ternyata Lee Chong Wei sekali lagi tidak menghampakan rakyat Malaysia.Walau ganjaran kemenangan bukan untuk dikongsi kita bersama namun setiapkali meraih kejuaraan, dia telah melakari satu fenomena kemanusiaan yang amat menyentuh perasaan. Raket dilambung lantas tiada siapa lagi yang diterpa melainkan jurulatih kesayangan HJ MISBUN SIDEK.Dakapan spontan kedua mereka amat mengesankan. Bukan lakonan, bukan sandiwara melainkan keakraban dua jiwa tanpa sempadan.
Sdr KB,
Chong Wei dan Misbun adalah lambang kesungguhan dan setiakawan Malaysia.
Semua pihak perlu meneliti, mengupas, menghayati dan menjadikannya satu modul hubungan bangsa Malaysia.
Post a Comment