Saturday, January 5, 2008

JM BERIANI DI SHAH ALAM

Kalau mengunjungi Tesco Shah Alam jangan lupa singgah di Restoran JM Beriani.

Petang tadi, pekena beriani sekeluarga. Jam 3 petang, restoran itu penuh dengan pelanggan yang ingin menikmati pelbagai jenis beriani. Ini termasuk beriani ayam, daging dan kambing. Tetapi jangan lupa mencuba beriani gam kambing. Lepas makan pasti hendak mencari katil dan bantal.

Kejayaan JM Beriani ini membuktikan bahawa makanan Malaysia boleh diketengahkan sebagai makanan pilihan dan kegemaran ramai jika disediakan dengan baik dan bersih. Perkhidmatan juga mesti cepat dan betul.

Sebelum ini, saya datang pada sebelah pagi dan restoran itu baru hendak dibuka. Kelihatan pemilik atau pengurusnya memberikan arahan terakhir termasuk memastikan pekerja memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan. Ada juga pekerja yang kena tegur kerana kesalahan-kesalahan sebelum ini.

Hari ini, orang yang sama - pemiliknya - juga rajin membersihkan sudu dan tempat membasuh tangan sambil mata melihat pekerjanya. Ada juga seorang warga emas yang mundar mandir membantu di restoran itu. Mungkin bapa kepada pemilik JM Beriani.

Saya pernah mengunjungi restoran satu lagi di Subang Jaya. Apapun tahniah kepada pemiliknya. Pasti datang lagi.

1 comment:

AHMAD FAIRUZ OTHMAN (AFO) said...

Datuk,

Banyak makanan Malaysia yang boleh diketengahkan untuk menjadi makanan sepanjang hari seperti KFC. Lihat sajalah pencapaian Sate Kajang yang mempunyai banyak cawangan terutama di R&R Plus. Setakat ini, kualitinya baik.

Apa yang perlu ialah keberanian dan kreativiti untuk menerokai pasaran tempatan dan luar negara.