Sunday, January 13, 2008

MEMINTA DERMA, BIARLAH BERTEMPAT.

Pasar Tani Mega di Shah Alam, Selangor setiap Ahad semakin sesak. Seawal jam 8 pagi, pengunjung sudah berduyun-duyun datang untuk "mencari dan membeli" pelbagai barangan daripada ikan, sayur, daging sehinggalah barang-barang lama dan suratkhabar. Ada juga yang datang untuk bersarapan bersama keluarga. Ada nasi kerabu, apam balik, pelbagai jenis kuih dan termasuk juga pop-corn yang kebiasaannya dijual di panggung wayang.

Kini semakin ramai pula peminta sedekah. Ada yang duduk, berdiri atau bergerak cara "mengensot" sedikit demi sedikit untuk menagih simpati pengunjung. Pagi ini, ada beberapa orang pula warga asing yang meminta sedekah. Ini berdasarkan kepada pertuturan mereka. Yang ini, pihak berkuasa perlu bertindak. Jangan pula mereka datang ke negara ini untuk meminta sedekah, mentang-mentanglah rakyat negara ini berhati baik dan mulia.

Dalam pada itu, ada juga rumah anak yatim dan madrasah yang meletakkan kotak derma untuk menggalakkan pengunjung bersedekah. Sambil membeli ikan atau daging sambil itu bersedekah kepada rumah anak yatim. Pagi ini ada rumah anak yatim dari Perak yang turut dihadiri oleh dua kakitangan yang memakai kopiah putih. Kedua-dua mereka hanya duduk di situ dan tersenyum. Ramai juga yang bersedekah. Mulia juga hati orang Shah Alam dan kawasan sekitarnya.

Usaha murni membawa kotak di tempat orang ramai ini boleh membantu menambah tabung pengurusan mereka. Namun saya tidak bersetuju dengan tindakan sesetengah pusat kebajikan yang mengarahkan kanak-kanak untuk menjual pelbagai jenis barangan bagi menambahkan dana mereka. Kanak-kanak ini akan menunggu di hadapan bank atau di restoran mamak untuk meminta pengunjung di situ menderma menerusi pembelian barang-barang yang dibawa oleh mereka. Saya rasa ini tidak begitu baik.

Baru-baru ini, saya didatangi oleh seorang kanak-kanak di Stesen Petronas Alam Megah, Shah Alam, Selangor yang ingin menjual barang-barang sambil menderma. Saya mengangkat tangan meminta maaf kerana ingin segera mengisi minyak dan pergi ke suatu tempat. Saya rasa membiarkan kanak-kanak meminta derma di stesen minyak ini tidak bagus malah amat berbahaya kepada kanak-kanak itu dan pengunjung stesen minyak.

Oleh itu, pengusaha stesen minyak perlu memastikan kegiatan seumpama itu tidak berlaku demi keselamatan semua pihak. Oleh kerana terlalu asyik untuk menjual barang-barang, kanak-kanak itu mungkin terleka dan tidak memperdulikan dengan kenderaan yang banyak "lalu-lalang" di stesen berkenaan. Ini pasti mengundang padah.

3 comments:

Anonymous said...

I am naming names here. You may or may not want to publish this. I am particularly annoyed with the Rufaqa and the AL-MANSUR HOLDINGS SDN. BHD. organizations.

Just Google “rufaqa” and see what you get.

They both actually began from the same place, if we know their history.

They both are actually using children to solicit funds in the name of helping orphans (that happen to be those children themselves).

They are putting the public in awkward position by using these children as fronts. During lunch hours at crowded eateries and banks lobbies and ATM areas. Until quite late at night.

It is sickening.

The al-Mansur leader now carries the title Yang Teramat Mulia Ayahanda Raja! Those children sell calendars, among other things.

The Rufaqas under its various sister companies’ names go door-to-door (among other places, not to mention night markets and banks and restaurants) selling raisins, among other things.

Both organizations have become huge organizations, and have been banned by fatwas, and yet the children are still around selling their products.

How can the authorities stop this? Of course, they both claim to be only business entities.

. said...

Satu perkara yang memualkan saya mengenai direct selling ini ialah apabila ada orang yang ingin menjual barangan spt pen atau buku ketika saya sedang makan. Carilah cara yang lebih beradab untuk menjual barang, bukannya ketika orang sedang makan. Sementara kita menggalakkan Bumiputera menceburi bidang keusahawanan, kaedahnya harus betul.

Anonymous said...

Saya rela dia minta sekekah daripada dia menghirup darah .Pada hari Ahad lalu saya pergi ke Psar Tani Kota Damansara membeli daging. Dahlah dia menjual dengan harga yang lebih, makan dacing pula tu. Baik dia minta sekekah daripada menipu.